Wednesday, May 21, 2008

MP IPOH BARAT KEPALA BATU

Ketika MP Segamat merangkap Menteri Sumber Manusia menyampaikan perbahasan penggulungan, beliau telah diganggu oleh MP Ipoh Barat dengan berbagai-bagai pertanyaan yang tiada hubung kait dengan ucapan oleh Menteri tersebut.

Tan Sri Yang Di Pertua terpaksa mengingatkan MP Ipoh Barat bahawa MP Ipoh Barat tidak boleh berbahas tetapi hanya boleh bertanyakan soalan kepada Menteri Sumber Manusia.

Namun, MP Ipoh Barat tidak mengendahkan arahan yang telah diberikan oleh Tan Sri Yang Di Pertua sehingga Tan Sri Yang Di Pertua terpaksa mengeluarkan amaran keras kepada MP Ipoh Barat.

MP Ipoh Barat kononnya memperjuangkan nasib rakyat yang berpendapatan rendah seolah-olah beliau memahami hati dan perasaan golongan ini malahan beliau sepatutnya mengikut arahan Speaker kerana ini adalah cara lebih baik untuk menyampaikan mesej kepada Dewan dan juga Menteri Sumber Manusia yang sentiasa bersedia menerima syor-syor yang bernas daripada MP-MP.

No comments: