Thursday, May 29, 2008

ASWARA TERUS MANTAP

oleh : Panel Memikir

MP Lipis (BN) mengemukakan beberapa perkara yang memerlukan perhatian Menteri KPPWKM. Beliau mengatakan bahawa ASWARA perlu lebih menumpukan kepada profesionalisme. Beliau juga ingin mengetahui sama ada ASWARA ini ada hubungan dengan akademi yang serupa di luar negara bertujuan meningkatkan pengikhtisasannya.

Dengan demikian, ini akan membolehkan ijazah-ijazah ASWARA diiktiraf negara luar. Di samping itu, ia boleh menjadikan mereka 'top performers'. ASWARA juga perlu mempunyai pensyarah yang mencukupi untuk mencurahkan sepenuhnya ilmu kesenian dan kebudayaan.

MP Kubang Kerian ingin mengetahui sama ada ijazah ASWARA ini diiktiraf oleh LAN dan Akademi Seberang Laut untuk membolehkan graduan-graduannya membuat PHD. MP Kubang Kerian seterusnya mengatakan bahawa ASWARA perlu menepati objektifnya dan bukan hanya mengajar tarian.

MP Batu Pahat juga menyebut bahawa sebelum ASWARA menyimpang jauh, elok meneliti segala aspek kursus yang dijalankan. Ini bertujuan supaya ASWARA lebih fokus agar dapat melahirkan pelajar-pelajar yang mahir dalam bidang kesenian dan warisan.

MP Pasir Mas (Bebas) mencelah bahawa ahli-ahli seni tidak memerlukan ijazah. Beliau memberi contoh artis-artis tekenal seperti P. Ramlee, Saleh Kamil, A. Rahim, Latifah Omar, Normadiah. Mereka ini adalah di antara ahli-ahli seni yang berjaya. Sepatutnya pengajian seni bukan hanya dikhususkan kepada mereka yang boleh menjadi penulis skrip atau pengarah filem tetapi lebih daripada itu.

Apa yang dihujahkan oleh MP-MP pada petang ini adalah munasabah dengan tujuan untuk mengukuhkan ASWARA demi memantapkan lagi pengetahuan peminat seni supaya menjadi lebih profesional, berwibawa dan produktif di samping berpeluang merentasi ke arah industri seni dan budaya di peringkat antarabangsa.

Timbalan Menteri KPPWKM memaklumkan bahawa graduan ASWARA (sijil, diploma dan ijazah) diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Beliau juga menjelaskan bahawa kerajaan mempunyai Akta Warisan untuk mempertahankan lebih daripada 100 warisan kebangsaan. Terdapat banyak jenis warisan termasuklah warisan projek, warisan makanan, warisan tapak dan lain-lain lagi.

No comments: