Wednesday, May 21, 2008

KTMB RUGI KERANA JALAN RAYA BAIK

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Lajim Okin, berkata perkhidmatan Keretapi Tanah Melayu (KTMB) rugi kerana ada rakyat lebih suka menggunakan jalan raya kerana infrastruktur yang semakin baik.

Bagaimanapun, kerajaan akan terus memperbaiki KTMB termasuk pembinaan koc baru. Jika mendapat kelulusan, kementerian akan memperbaiki perkhidmatan segera.

Beliau berkata demikian ketika menjawab MP Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaafar (KJ) yang merasakan perkhidmatan KTMB lambat.

DS Lajim berkata, kerugian KTMB pada 2004 sudah menurun yang memaparkan penumpang semakin bertambah. Beliau menafikan kenyataan MP Kuala Krai yang menyifatkan stesen KTMB seperti kandang kambing.

MP Kuala Krai juga mahu tahu setakat manakah usaha memperbaikinya dijalankan.

Sementara itu, MP Kalabakan, Datuk Seri Abdul Ghafur Salleh, dalam program Dari Parlimen bersama hos, Sabaruddin Sabri, mahu kerajaan meningkatkan perkhidmatan KTMB agar ia boleh menguntungkan seperti yang dilakukan di Jepun.

Ini kerana perkhidmatan keretapi sangat diperlukan oleh rakyat.

Beliau juga mahu IPTS memastikan produk yang keluar bermutu agar mereka mendapat pekerjaan. Perlu ada jawatankuasa untuk meneliti apa keperluan pasaran bagi membolehkan IPTS menyediakan kursus-kursus yang dimahukan oleh pasaran.

Datuk Seri Abdul Ghafur berkata, MP Ipoh Barat keterlaluan kerana yakin kerajaan akan melaksanakan semua projek untuk rakyat tidak kira kerajaan negeri yang ditadbir oleh pembangkang.

Beliau yakin kritikannya kepada kerajaan bertujuan untuk memperbaiki perhidmatan kerajaan. Kritikan itu bukan bermakna MP BN tidak menyokong kerajaan kerana mahu "rumah kita baik" agar rakyat mengikuti sama-sama menyokong kerajaan. Ini sejajar dengan hasrat yang dikemukakan oleh PM agar MP menegur kerajaan. Jika rakyat melihat bahawa MP BN sedia menegur kerajaan dan kerajaan pula terbuka untuk menerima teguran sudah pasti rakyat akan menyokong kerajaan.

Datuk Seri Abdul Ghafar menegaskan suaranya yang lantang sebelum ini bukan bermaksud untuk "lompat parti" tetapi memang dari dulu beliau mahu memperbaiki keadaan selama ini. Jika kita lompat belum tentu menjamin nasib rakyat. Ini penting untuk memastikan rakyat dibela. Bukanlah melompat kerana kepentingan peribadi dan rakyat pun tahu siapa yang mahu menawarkan pelbagai janji.

Beliau menjelaskan penolakan jawatan Timbalan Menteri kerana ingin menyatakan pandangannya yang merasakan MP Sabah tidak mendapat jawatan penting terutama untuk menjaga kepentingan rakyat Sabah. Kerajaan Persekutuan perlu melantik Menteri untuk menjaga keperluan rakyat Sabah.

Beliau juga mahu masalah kemiskinan di Sabah perlu diselesaikan segera. Memberi rumah dan segala kemudahan bukanlah cara menyelesaikan masalah. Baginya, membasmi kemiskinan ialah dengan memberikan ilmu pengetahuan yang terbaik.

Datuk Seri Abdul Ghafur tidak mahu Menteri baru tidak mengetahui apa yang dilakukan oleh Menteri terdahulu dan sentiasa memperbaiki sebarang kelemahan yang ada. Menteri baru perlu menyelesaikan projek lama dan tidak hanya menumpukan kepada projek baru.

Menyentuh mengenai soalan di Parlimen, beliau berkata soalan yang diketengahkan ada yang tidak berkualiti tetapi yang penting ialah mesti memberi tumpuan kepada kepentingan rakyat.

No comments: