Thursday, May 22, 2008

EMPAT KAEDAH UNTUK TARIK PELABURAN PERTANIAN

Menteri Pertanian dan Asas Tani, Datuk Mustapa Mohamad berkata, dalam RMK9 kerajaan mensasarkan RM20 bilion daripada RM6 bilion daripada pihak awam.

Menurutnya, dalam tempoh tiga tahun setakat ini sebanyak RM3.6 bilion diperolehi dalam agro makanan manakala RM280 juta pula untuk pelaburan sektor makanan.

Menurutnya, empat kaedah yang digunakan untuk menarik pelaburan asing. Ia membabitkan lawatan pemimpin negara ke luar negara sama ada Perdana Menteri atau timbalannya. Baru-baru ini, Perdana Menteri memui rakan sejawatnya di negara di timur tengah. Selain itu, pelaburan juga diperhebatkan menerusi misi pelaburan MIDA dan setiap tahun ada lebih 10 misi. Kerajaan juga melantik atase pertanian di seluruh dunia untuk mendapat maklumat dan teknologi terbaru di pasaran. bertangunjga Kaedah keempat ialah mengadakan pameran besar-besaran seperit MAHA di Serdang. Setakat ini, kerajaan berjaya menarik penyertaan dari lebih 30 buah negara.

Beliau berharap menerusi empat kaedah ini jumla pelaburan swasta akan meningkat.

Antara contoh-contoh kejayan dalam bidang ini ialah pelaburan syarikat Jenomar yang melabur di Tasik Temenggor sebanyak RM300 juta untuk menternak ikan tilapia untuk tujuan eksport. Sebuah syarikat Australia juga melabur lebih AS$65 juta dalam projek feedlot di Gemas, Negeri Sembilan. Jika projek itu berjaya, ia akan menambah pengeluaran makanan dan meningkatkan pelaburan asing dalam bidang pertanian.

Dalam pada itu, MP Tenggara, Datuk Halimah Sidek, bertanya mengenai Bank Pertanian yang ditukarkan kepada Bank Agro dan sistem pemantauan 3F.

Datuk Mustapa berkata, pembiayaan untuk sektor pertanian dilaksanakan menerusi Bank Pertanian dan bank komersial. Menurutnya, pertukaran kepada Agro Bank itu sejajar dengan usaha menjadikannya lebih global, selain memberi pinjaman kepada petani dan tempatan. Bank Agro perlu mejalinkan hubungan di peringkat antarabangsa untuk disalurkan kepada petani tempatan.

Menurutnya, matlamat penjanamaan semula itu juga sesuai dengan penambahan modal kepada RM1 bilion bagi membolehkan bank ini memberi lebih banyak pinjaman kepada petani.

No comments: