Wednesday, May 28, 2008

SYOR MP TENOM PRAGMATIK

MP Tenom (BN) membincangkan perkara-perkara seperti Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan juga pesta sambutan kebudayaan Murut di Sabah.

Berkaitan dengan JPA, MP mengalu-alukan keprihatinan JPA untuk memenuhi jawatan-
jawatan yang masih kosong. Beliau mendapati terdapat lebih 40,000 pegawai kontrak yang kini terdapat di semua kementerian dan jabatan. Beliau berharap agar khidmat mereka ini dioptimakan.

Beliau berpendapat bahawa mereka ini semua mempunyai skil atau kemahiran yang perlu
di beri perhatian supaya mereka dapat memberi khidmat yang dikehendaki di Kementerian. Sekiranya mereka ini tidak diberi peluang bekerja, kerajaan akan mengalami kerugian kerana tidak mengambil peluang di atas kemahiran-kemahiran yang ada pada mereka.

Beliau juga meminta bahawa KPKKWM memberi keutamaan serta menaiktarafkan sambutan
kebudayaan Murut sehingga ke peringkat kebangsaan. Pesta ini jika diberi keutamaan
akan menarik pelancong luar dan juga memperkayakan lagi industri kraftangan warga
tempatan teerutamanya di Tenom.

Syor MP Tenom ini adalah munasabah dan sepatutnya diberi pertimbangan yang sewajarnya. Beliau telah mencetuskan perkara-perkara segar serta berguna dalam perbahasan di dewan berkaitan dengan bajet tambahan.

No comments: