Thursday, May 29, 2008

TAHNIAH KEPADA MP TENGGARA

MP Sepang (Menteri) telah memberi jawapan kepada Dewan termasuklah apa yang ditimbulkan oleh MP Tenggara iaitu lebuhraya Tangkak-Segamat, Kuala Lumpur-Kuantan dan jambatan-jambatan.

Mengenai lebuhraya Tangkak-Segamat, menteri memaklumkan bahawa hanya 12 ribu kenderaan setakat ini telah banyak menggunakan laluan tersebut. Beliau mengatakan bahawa ada perancangan untuk menaikkan taraf jalan ini seperti yang dilakukan kepada jalan raya Chaah-Labis-Gemas. Beliau tahu kawasan ini penting tetapi elemen kos perlu diambil kira supaya dapat dimanfaatkan dengan luas.

MP Tenggara mencelah bahawa lebuhraya Tangkak-Segamat adalah untuk tujuan yang selari dengan pembentukan Koridor di Pantai Timur. Dalam konteks ini, pihak kementerian harus menelitinya.

MP Tenggara berpendapat sekiranya keputusan dibuat berdasarkan pengiraan kenderaan maka eloklah kajian ini dikembangkan dengan lebih meluas. Menteri Kerja Raya akhirnya bersetuju atas desakan MP Tenggara.

Apabila menteri menyambung lagi jawapannya, beliau memberi keutamaan kepada pembinaan jalan-jalan yang sibuk seperti Kuala Lumpur-Gua Musang dan juga 300 kawasan jalan raya yang dianggap berbahaya (black spots). Beliau juga sedang mengkaji kedudukan jambatan-jambatan yang telah berusia atau melebihi 20 tahun dengan tujuan untuk menaikkan taraf yang boleh menanggung berat antara 9 sebingga 12 matrik tan kenderaan. Ini akan membolehkan kenderaan-kenderaan berat menggunakan kemudahan ini dan sekaligus mengurangkan kos pengangkutan.

Menteri kelihatan prihatin dengan apa yang ditimbulkan oleh MP-MP. Apa yang kementerian boleh laksanakan adalah bertujuan meningkatkan matlamat kerajaan untuk kepentingan rakyat.

No comments: