Tuesday, May 27, 2008

RAKYAT RUGI JIKA MP BUAT KECOH


(Dewan Rakyat kecoh kerana MP Padang Serai buat hal)

MP Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan, kesal dengan kekecohan yang berlaku di Dewan Rakyat pagi ini yang menyebabkan rakyat tidak dapat mendengar jawapan daripada kerajaan berhubung helikopter Nuri dan reformasi institusi pendidikan.

Ini kerana MP pembangkang membuat kecoh dan menanyakan soalan yang tiada kaitan dengan jawapan daripada Timbalan Menteri. Dua MP pembangkang yang membuat kecoh ialah MP Padang Terap dan MP Padang Serai. Walaupun Speaker sudah memberitahu MP Padang Terap bahawa soalan tambahannya tiada kaitan dengan jawapan Timbalan Menteri, beliau terus bangun dan menegaskan soalannya ada kaitan.

Ini mendorong Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Idris Haron, meminta beliau duduk dahlu untuk membenarkan beliau meneruskan penjelasan. MP Padang Terap terus berdegil sehingga ditegur oleh Speaker. Datuk Idris kemudiannya menggunakan bahasa Tamil untuk meminta MP Padang Terap duduk. Menurut Timbalan Menteri itu bahasa Tamil itu membawa maksud supaya ahli Parlimen itu duduk. Ketika itu, MP Padang Serai menjerit-jerit meminta Datuk Idris menarik balik perkataan itu yang disifatkan sebagai lucah dan bukan bahasa seorang Ahli Parlimen. Datuk Idris meminta beliau menyebut perkataan itu sekali lagi tetapi beliau tidak mahu dan menjerit-jerit seperti budak sekolah tadika dan amat memalukan Dewan Rakyat yang turut dikunjungi oleh Ahli Parlimen dari luar negara.

Malah MP Padang Serai melakukan perkara yang tidak sepatutnya dilakukan ialah bangun dan pergi ke tempat Speaker Dewan untuk berbisik kepadanya.

Pemerhati politik mahu supaya PKR mengajar MP mereka dalam soal tatasusila dewan agar tidak nampak sebagai MP yang gelojoh dan tidak layak untuk dipanggil sebagai MP. Ini bukan pertama kali MP Padang Serai membuat kecoh dan tindakan seperti badut itu perlu dihentikan untuk menaikkan maruah Dewan Rakyat dan mereka yang menganggotainya.

No comments: