Showing posts with label RPKPP. Show all posts
Showing posts with label RPKPP. Show all posts

Thursday, August 14, 2008

NEGERI SELURUH MALAYSIA SOKONG CALON BN DI PERMATANG PAUH

Oleh: Pemikir Negara

Warga jauh termasuk Selangor, Johor, Pahang, Terengganu, Pahang dan Sarawak gembira dengan pelantikan calon ini untuk menentang calon pembangkang pada 26 Ogos 2008. Mereka menganggap bahawa pemilihan ini adalah tepat dan bersesuaian dengan aspirasi rakyat serta pengundi-pengundi Permatang Pauh yang merupakan satu kawasan parlimen yang terkenal dikalangan pemerhati-pemerhati politik tempatan.

Mereka menjangkakan bahawa sekiranya calon ini diberi sokongan yang jemu dengan karenah Anwar Ibrahim maka beliau akan mudah menang. Pada pandangan mereka, YB Dato' Ariff tidak mempunyai kepentingan peribadi malahan lebih mementingkan kebajikan dan kedudukan rakyat tempatan. Beliau juga stabil dari segi kedudukannya dan ini pasti membantu dan memantapkan peluang untuk merampas kerusi Parlimen Permatang Pauh.

Warga Malaysia ini mengucapkan SELAMAT BERJUANG kepada YB Dato' Ariff Shah demi mempertahankan rakyat Malaysia yang memberi keutamaan kepada sifat-sifat dan nilai-nilai bermoral tinggi di kalangan pemimpin-pemimpin negara.

BEKAS AHLI PKR MENYOKONG CALON BN DI PERMATANG PAUH

oleh: Pemikir Negara

Ramai sahabat-sahabat Anwar Ibrahim sudah memisahi beliau kerana tidak bersetuju dengan sifat-sifat negatif yang ada padanya. Sahabat-sahabat ini agak meluat serta jijik dengan kerakusan dan tingkah laku Anwar Ibrahim yang mempunyai penyakit lupa atau amnesia terhadap kawan-kawannya, seperjuangan kononnya. Mereka pada mulanya telah di sesatkan oleh pujukan-pujukan dan janji-janji manis Anwar Ibrahim. Apa yang mereka dapat selepas bertungkus-lumus dengan Anwar Ibrahim? Jawapannya, 'zero'.

Kini sahabat-sahabat beliau ini terbiar dan tiada langsung mendapat simpati dan perhatian Anwar Ibrahim yang kini dianggap kaya-raya dengan mempunyai dana dibekalkan oleh sahabat-sahabat beliau dari Timur Tengah dan Amerika Syarikat. Sebagai seorang Islam, beliau sepatutnya mesti ambil berat terhadap teman-teman yang dianggap susah. Tetapi apa yang berlaku adalah yang sebaliknya. Malahan, mereka ini hilang kawan yang suatu masa dahulu mereka agung-agungkan sehingga orang lain dianggap sampah.


Pengundi-pengundi tempatan haruslah berwaspada semasa mengundi pada 26 Ogos 2008. Kepada sahabat-sahabat Anwar yang kecewa dengan Anwar teruslah menyokong Barisan Nasional dan warga Permatang Pauh percaya bahawa anda semua masih boleh membantu mengubah landskap politik Permatang Pauh yang pernah bernaung di bawah PKR selama 2 penggal. Warga Permatang Pauh mengucapkan terima kasih kepada bekas penyokong Anwar yang kini bersedia membantu calon BN, YB Dato' Ariff Shah.

YB DATO' ARIFF SHAH-CALON YANG DISEGANI ANWAR IBRAHIM

oleh: Pemikir Negara

Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh kini akan mempunyai calon bernama YB Dato' Ariff Shah. Kini DUN Seberang Jaya yang telah mengalahkan calon PKR pada Pilihan Raya ke-12, 2008. Calon BN ini adalah seorang yang berprestasi tinggi dan sudahpun menjadi ahli DUN beberapa kali. Beliau suka bertemu dengan pengundi-pengundi dan warga Seberang Jaya khususnya, beliau juga mudah bergerak dan diterima oleh masyarakat tempatan. Beliau boleh berbahasa Cina dan ini sangat digemari oleh warga-warga keturunan Cina di kawasan tersebut, beliau tidak cerewet dan sentiasa bergerak dalam kawasan dengan menggunakan motosikalnya.

Lawannya ialah Anwar Ibrahim yang bertanding selepas isterinya melepaskan kerusi Parlimen Permatang Pauh. Calon ini bersedia menggunakan pelbagai cara dan tipu daya untuk memesongkan minda penduduk tempatan. Beliau akan menggunakan isu-isu lazim seperti kenaikan harga minyak, harga makanan, kehakiman, hak asasi, meritokrasi, Malaysian Malaysia semasa berkempen. Beliau akan menggunakan isu ini mengikut situasi semasa dan tempatan. Cara beliau berhujah akan memikat hati pengundi yang tidak tahu langsung niat jahat Anwar Ibrahim yang sekiranya menjadi ahli Parlimen akan membawa banyak masalah kepada negara.

Pengundi perlu sedar bahawa calon BN yang akan menentang Anwar Ibrahim mewakili sentimen majoriti rakyat iaitu Malaysia adalah Negara Maju dan Berparlimen. Beliau yang mempunyai reputasi tinggi serta bermoral perlu disokong oleh pengundi-pengundi kerana mereka tahu banyak tentang kebaikan YB ini. Pemerhati politik mendapati bahawa calon BN kali ini mempunyai prospek yang baik untuk mendahului calon lawan yang disokong oleh warga luar negeri termasuk Amerika, Israel dan Singapura. Pengundi perlu berfikir waras dan oleh itu, berilah undi kepada calon berintergriti serta bermoral demi masa depan semua.

PERTEMUAN ARIFF-ANWAR IBARAT BUKU BERTEMU DENGAN RUAS


BUKIT MERTAJAM: Pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh 26 Ogos ini akan menyaksikan pertarungan ibarat 'buku bertemu ruas' apabila penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dicabar oleh calon Barisan Nasional (BN), Datuk Arif Shah Omar Shah.

Teka teki mengenai siapakah calon BN yang akan menentang Anwar akhirnya terjawab apabila Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, yang juga Timbalan Presiden Umno mengumumkannya nama Ariff Shah di hadapan kira-kira 3,000 anggota jentera BN malam tadi.

Arif Shah adalah seorang ahli politik yang semakin menyerlah di negeri ini dan beliau adalah satu-satunya wakil rakyat BN yang menang dalam kubu kuat PKR apabila berjaya mempertahankan kerusi DUN Seberang Jaya dalam parlimen Permatang Pauh itu untuk penggal kedua.

Antara kelebihan Arif Shah ialah beliau disegani oleh musuh dan rakan kerana bekerja tanpa mengira kaum dan fahaman politik malah beliau juga telah banyak menyelesaikan masalah tempatan yang dihadapi oleh para penyokong PKR sendiri. "Pemilihan Ariff adalah kerana mengambil kira faktor kemenangannya di DUN Seberang Jaya dan faktor setempat", kata Najib.

Arif Shah adalah seorang yang mengetahui strategi politik Anwar kerana beliau pernah menjadi Ketua Pemuda Umno Bahagian Permatang Pauh ketika Anwar menerajui bahagian itu.
Beliau juga lebih mengenali pengundi di Permatang Pauh berbanding Anwar kerana Arif Shah yang tinggal di Seberang Jaya sentiasa berada di kawasannya dan turut menjalankan kerja-kerja membantu rakyat di ketiga-tiga DUN di Permatang Pauh setelah kesemua wakil rakyat BN yang lain tewas.

Arif Shah, yang menerima pendidikan di sekolah rendah dan menengah jenis kebangsaan Cina, melahirkan keyakinannya untuk memenangi kerusi itu walaupun dengan majoriti yang kecil. "Saya yakin menang walaupun dengan majoriti yang kecil kerana saya mendapat sokongan rakyat dari semua kaum," katanya yang fasih bertutur dalam bahasa Mandarin dan Hokkien. Katanya, sudah tiba masanya BN menebus semula kekalahan selama tiga kali di Parlimen Permatang Pauh itu dan berharap pilihan raya kecil ini akan membawa perubahan yang sangat diharapkan oleh masyarakat setempat.

Bagi Anwar pula, beliau tidak kisah siapa yang menjadi pencabarnya pada pilihan raya kecil itu nanti. "Saya tak kisah siapa calon yang ditentukan oleh pihak sebelah sana (BN). Saya bukan nak gaduh dengan Arif Shah. Kalau dia nak bertanding itu hak dia. "Lagipun dia dah menang kawasan Seberang Jaya," katanya ketika berceramah di Kampung Kota, Permatang Pasir malam tadi. - Bernama

ARIFF SHAH CALON BN

oleh: Tulip Desa

BUTTERWORTH: Ahli Dewan Undangan Negeri Seberang Jaya, Datuk Arif Shah Omar Shah, 52, dipilih sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh (P44), pada 26 Ogos ini. Pengumuman itu dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada majlis pelancaran jentera pilihan raya BN Permatang Pauh di Pusat Konvensyen Sunway Carnival di Seberang Jaya di sini, malam tadi.

Najib yang juga Pengarah pilihan raya kecil itu berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan beliau sudah memperhalusi dan membuat pertimbangan dari pelbagai sudut dan kriteria untuk memilih calon BN. “Walaupun menghadapi kesukaran, keputusan perlu dibuat dengan mengambil kira keadaan setempat. Kalau memilih orang luar, akan banyak masalah. Kalau pilih orang dalam pun juga ada masalah tetapi keputusan perlu dibuat. "Jadi, bagi pihak Presiden Umno dan juga Pengerusi BN, saya umumkan calon BN adalah Datuk Arif Shah," katanya disambut tepukan gemuruh kira-kira 3,000 penyokong BN yang memenuhi pusat konvensyen itu.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan keputusan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail, mengosongkan kerusi berkenaan bagi memberi laluan kepada suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Suruhanjaya Pilihan raya (SPR) menetapkan Sabtu ini sebagai hari penamaan calon pilihan raya kecil itu.

Dalam ucapannya, Najib menasihatkan pemimpin yang tidak terpilih supaya tidak kecewa, sebaliknya terus bekerjasama untuk memastikan kemenangan BN. “Saya nak kata di sini, kalau yang tidak terpilih sebagai calon, bukan bererti sudah kelam masa depan. Kalau kita pilih, bukan bererti beliau juga disahkan sebagai ketua bahagian.

"(Pemilihan) bahagian dan politik perlu dipisahkan untuk pastikan kerja bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan. Jangan ada pertimbangan lain," katanya. Beliau juga menasihatkan
calon BN supaya mengetepikan segala soal pemilihan peringkat bahagian dan bekerjasama sebagai satu pasukan. "Jangan sombong dan perlu merendah diri dalam menyusul parti," katanya yang turut meminta maaf bagi pihak Perdana Menteri kepada mereka yang tidak terpilih sebagai calon.

Pada sidang media selepas itu, Najib berkata, pemilihan Arif Shah bukan satu tradisi Umno, tetapi tidak ada halangan dan tidak bertentangan dengan perlembagaan bagi seorang Adun untuk bertanding kerusi Parlimen. Katanya, pemilihan Arif Shah dibuat berdasarkan kejayaannya pada pilihan raya umum lalu dan mampu memberi khidmat kepada pengundi.

"Pembangkang pun buat, termasuk Ketua Menteri Pulau Pinang (Lim Guan Eng yang menjadi Adun Air Puteh dan Ahli Parlimen Bagan). Bagi pembangkang, ia bukan satu perkara luar biasa," katanya.


Sumber: Berita Harian, 14 Ogos 2008
*********************************************************************************

Tulip Desa: Penantian yang ditunggu-tunggu telah pun terjawab. Pengumuman YAB Timbalan Perdana Menteri berkenaan calon Permatang Pauh iaitu YB Dato' Ariff Shah Omar Shah telah menjawab spekulasi yang timbul. Tulip merasakan YAB Perdana Menteri dan YAB Timbalan Perdana Menteri telah mengambil keputusan yang tepat dengan membuat pertimbangan daripada pelbagai sudut serta kesannya pada penduduk setempat.


Tulip juga sempat berbual dengan pengundi-pengundi Permatang Pauh bertanyakan pendapat mereka berkenaan calon BN ini. Kebanyakan mereka begitu gembira dengan pengumuman tersebut dan menyifatkan beliau sebagai pemimpin masyarakat yang mesra rakyat dan dekat dihati pengundi. Kebolehan beliau bertutur pelbagai bahasa menyebabkan penduduk di Permatang Pauh yang terdiri daripada pelbagai kaum begitu senang dengannya.

Sehubungan itu,Tulip dan juga rakyat Permatang Pauh mengharapkan YB Dato' Ariff Shah akan membawa perubahan dan dapat mengubati hati rakyat yang kecewa dengan PKR kerana tiada satu pun pembangunan dibawa ke kawasan itu selepas tiga penggal memerintah. Permatang Pauh memerlukan seorang wakil rakyat yang dapat mendengar masalah rakyat sekaligus dapat membela nasib rakyat di kawasan tersebut.

ARIFF SHAH VS ANWAR IBRAHIM

Oleh: MustikaCitra-indah

poster:http://pilihan-anda.blogspot.com/Mustika: Tengah melayari blog pagi ini terjumpa poster ini.

Malam tadi (13 Ogos 2008), Mustika berkesempatan mengikuti pengumuman nama calon yang akan bertanding menentang Anwar di Sunway Carnival Convention Centre, Pulau Pinang.

Antara yang hadir selain pemimpin Parti Komponen BN, juga turut hadir adalah penyokong-penyokong BN yang boleh dianggarkan lebih 2500 orang yang hadir, itu belum campur yang ada diluar dewan lagi. Penyokong bukan sahaja orang Melayu, tetapi juga Cina dan juga India.

Apabila nama Dato' Ariff Shah diumumkan oleh Dato' Seri Najib sebagai calon yang akan bertanding di Parlimen Permatang Pauh, suasana dewan menjadi gamat dengan sorakan gembira dan tepukan gemuruh dari penyokong-penyokong BN.

Ada seorang penyokong yang sudah Mustika agak umurnya awal 50-an, memberitahu Mustika bahawa Ariff Shah merupakan seorang pemimpin yang bertanggungjawab, sentiasa mesra dengan rakyat dan macam-macam lagi sifat mulia yang ada pada seorang pemimpin, ada pada Ariff Shah. Tambahnya lagi, Ariff Shah juga mampu bertutur dalam bahasa Mandarin. Dalam hati Mustika, HEBAT juga Ariff Shah ni.

Melihatkan kepada sambutan yang diberikan dan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada Ariff Shah, sudah tentu pemimpin ini mampu menandingi Anwar. Kehebatannya terserlah dan sikap kepimpinan beliau juga mampu menawan hati pengundi di Permatang Pauh.

Kepada Ariff Shah, SELAMAT BERJUANG. Usah gentar dan TERUSKAN PERJUANGAN....

Semalam juga Mustika tabik pada Najib kerana dalam ucapan beliau sebelum pengumuman nama calon, Anwar bukan sebagai topik utama. Cuma sekadar menyatakan bahawa jika seorang isteri berkorban untuk suaminya dengan melepaskan jawatan dan kerusi yang dipegang, itu adalah hak peribadi mereka. Usah kita campur. Memang Mustika tabik spring pada Najib. Gentleman orangnya.... Satu lagi pesan Najib agar semua rakyat bersatu padu dan mengekalkan perpaduan yang ada agar benteng pertahanan kita tidak mudah dicerobohi mana-mana pihak yang cuba mengambil kesempatan.

ANWAR, KHALID DAN PERMATANG PAUH

oleh: pewarismelayu

Isu cadangan kemasukan 10% orang bukan bumiputera oleh MB Khalid Ibrahim baru baru ini masih hangat diperkatakan. Isu ini sangat menimbulkan kemarahan kepada orang Melayu yang mahu keistimewaan mereka tetap dipertahankan.

Isu ini amat berkait rapat dengan Anwar dan merupakan taktik jarum halus yang Anwar gunakan untuk menarik pengundi bukan Melayu untuk mengundi PKR dan tidak mengundi BN pada Pilihanraya Kecil Permatang Pauh pada 26 Ogos 2008.

Berikut merupakan ulasan penulis:

1) Isu ini merupakan taktik kotor yang digunakan PKR yang mempergunakan suasana politik sekarang dan untuk menegangkan sifat perkauman diantara kaum diMalaysia.

2) Sedangkan semua orang Malaysia mengetahui Uitm yang diselia oleh MARA, Anwar dan Khalid saja mahu menaikkan kemarahan orang Melayu melalui isu ini.

3) Orang Melayu sangat sensitif apabila mengacau hak keistimewaan mereka. Di mata orang bukan Melayu, orang bukan Melayu amat membenci orang Melayu kerana protes mereka terhadapa cadangan MB Khalid tersebut.

4) Ini merupakan taktik licik yang kotor Anwar untuk menarik undi bukan Melayu kepada PKR dan membenci BN.

5) Anwar tidak peduli situasi negara yang kecoh ataupun tegang, asalkan dia dapat merealisasikan impiannya untuk menjadi Orang No.1 negara.

6) Anwar sanggup melakukan apa saja untuk matlamat politik kotor beliau. Diharap pengundi Permatang Pauh dapat memikir dan mempertimbangkan untuk memilih Anwar dan PKR sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh.

Isu Uitm dan keistimewaan orang Melayu sudah termaktub didalam perlembagaan dan kontrak sosial dan semua 'Malaysian' sudah tahu ia tidak boleh diganggu gugat. MB Khalid mengocak air yang tenang, untuk mencapai matlamat politik peribadi mereka. MB Khalid mengeruhkan keadaan untuk mendapat publisiti murahan dan mahu menjadi popular.

Kepada orang bukan Melayu, orang Melayu tidak memprotes kuota dan hal lain yang menjadi hak milik orang Melayu, tetapi orang Melayu memprotes tindakan Menteri Besar Boneka yang mencadangkan kemasukan 10% non bumi kedalam Uitm. Harap jangan termakan taktik licik yang merupakan perang saraf tajaan Anwar melalui MB Khalid.

KETUANAN DAN KEISTIMEWAAN ORANG MELAYU...

oleh: http://pilihan-anda.blogspot.com/


TAN SRI KHALID KATA : ''UiTM perlu bersikap global dalam usaha untuk menentukan siswazahnya lebih mesra dan serasi dengan masyarakat yang berbilang kaum dan bangsa agar dapat bersaing secara sihat"

Tan Sri Muhammad Muhd. Taib PULAK KATA : “Inilah (orang) yang dikatakan mahu membantu orang Melayu, mahu memperjuangkan orang Melayu... kalau boleh mahu bahagi-bahagikan semua yang ada. “PKR sebenarnya bukan parti Melayu tetapi parti berbilang kaum. Pemimpinnya tidak ada hak memperjuangkan orang Melayu.“Sebab itulah dia membuat cadangan ini dan berita ini pasti akan menggembirakan orang Melayu yang telah mengundi mereka... terimalah hadiah ini,”

Penulis KATA :Tan Sri Khalid nampak gayanya memang nak gadaikan segala keistimewaan hak orang Melayu di negara ni nampak gayanya. Itu pasal PKR tak pernah setuju dengan konsep Ketuanan Melayu. Apa yang mereka perjuangkan ialah kononnya kesamarataan hak rakyat dan tidak semestinya semuanya di bolot Melayu.

Konsep ketuanan Melayu sebenarnya adalah satu konsep yang cukup mudah untuk difahami tetapi telah disalah tafsirkan oleh kebanyakan pihak. Ianya umpama, benda yang halal, dipakaikan dengan sesuatu yang tidak kena pada tempatnya...maka ianya nampak seperti haram. Begitu juga dengan konsep Ketuanan Melayu ini. Ada pihak mentafsirnya sebagai dominasi Melayu. Ianya silap serta lari dari konsep.

Di Malaysia tidak ada dominasi mana-mana pihak. Tidak ada dominasi Melayu, tidak ada dominasi Cina, tidak ada dominasi India atau mana kaum di sini.Sebelum kehadiran etnik-etnik lain ke Tanah Melayu, ada satu etnik majoriti yang menduduki, menjaga, mengusahakan, mentadbir tempat ini. Namanya MELAYU! Oleh kerana pentadbirannya dijaga dan diusahakan oleh orang MELAYU, maka tempat ini (Tanah Melayu), dulunya berpenghuni dan dan juga berTUAN. Tuannnya pula bernama ORANG MELAYU. Oleh itu, kenapa susah sangat nak faham konsep KETUANAN MELAYU.

Kemudian tibalah orang-orang Cina dari Tanah Besar dan orang India dari semenanjung India untuk berkhidmat dan bekerja di sini. Orang Melayu ni, pemurah, dia bagi etnik-etnik lain masuk ke tempatnya untuk bekerja dan mencari rezeki. Kemudian, bagi pulak hak kerakyatan menjadi warganegara kekal di sini.Sekarang, penduduk Tanah Melayu bertambah ramai, ekonomi bertambah makmur, politik kejap ok, kejap merapu. Di sini lah bermulanya pertikaian hak-hak masing, dan orang Melayu mahu mengisytiharkan hak-hak istimewanya jangan diganggu gugat.

Orang Cina pun mahukan hak, orang India pun mahukan hak.Perlu diingatkan di sini, etnik-etnik luar yang datang ke nagara ini, kemudian menjadi warganegara di sini adalah etnik serpihan dari keseluruhan rakyat di Tanah Melayu. The originality is still Malays. Sebab itu kita sebut KETUANAN MELAYU dan orang Melayu punya hak dan keistimewaan yang harus dipertahankan.

Kemudian muncul pertikaian yang mengatakan hak-hak istimewa seperti ini menonjolkan dominasi Melayu. Dominasi apa?Kalau dominasi, masyarakat serpihan lansung tidak boleh bersuara dan tiada apa-apa hak untuk dipertikaikan. Masyarakat lain turut punya hak yang diberi oleh Tuan punya tempat.

Nak lihat dominasi sebenar? Pergilah ke negara jiran kita Indonesia, ada cina dia nak sibuk-sibuk buat bising...silap-silap haribulan kena penggal kepala...Apa yang dikecewakan, perkara-perkara berbangkit ini dibisingkan oleh Orang Melayu itu sendiri. Kenapa? Kerana dia sendiri tidak memahami konsep KETUANAN MELAYU.

Tan Sri Khalid nak buka 10% kuota pada bangsa asing untuk masuk UITM. UITM itu jelas menunjukkan hak-hak keistimewaan orang Melayu. Dengan membenarkan kuota tersebut, Tan Sri telah mengangkat kedudukan masyarakat serpihan sama seperti Tuannya. Ini sudah salah konsep.

Sama juga kalau kita samakan hak-hak masyarakat di seluruh Malaysia, ini menunjukkan bahawa kita sudah merendahkan kedudukan Tuan punya tempat dengan masyarakat serpihan. Orang Melayu dengan rela dan bermurah hati untuk membenarkan kaum-kaum lain bersama-sama mencari rezeki di sini.

Oleh yang demikian, janganlah dipertikaikan kuasa dan hak-hak empunya tempat asal ini. Penulisan kali ini bukanlah berniat dan bertujuan untuk membangkitkan isu-isu perkauman, Des menghormati rakan-rakan yang berlainan bangsa yang faham dengan konsep KETUANAN MELAYU secara amnya, terima kasih.

Perkataan "masyarakat dan etnik serpihan" bukanlah bermakna bangsa-bangsa lain seolah-olah seperti sampah di tepi jalan, ianya hanya satu konsep yang boleh dipakai guna di dalam negara yang dulunya mempunyai penghuni asal dan kemudian muncul masyarakat lain dan bergabung menjadi satu komuniti yang besar.

Mustika KATA: Sudah terang lagi bersuluh PKR cuba melenyapkan Melayu di muka bumi ini. Kalau sekarang hak dan keistimewaan orang Melayu sudah mula diperdagangkan, sudah pasti suatu hari nanti jika PKR memerintah (jika lah), orang Melayu akan 'meminta sedekah' di bumi sendiri. Kata-kata Hang Tuah, pahlawan Melayu yang masyhur bahawa "takkan Melayu hilang di dunia" tidak akan membawa makna dan akan hanyut di bawa arus kekejaman PKR dan DSAI khususnya.

KENAPA KHALID KALUT?

oleh: Mustikacitra-indah

sumber: http://pewarismelayu.blogspot.com/

Sakit hatinya saya apabila membaca Utusan Malaysia hari ini pada artikel bertajuk MB akui kerajaan negeri tiada hak. Kenapa si Khalid Ibrahim ni beria-ria sangat nak mempertahankan ideanya untuk membenarkan 10% pelajar bukan bumiputera ke dalam Uitm?
Berikut pandangan penulis:
1) Tahniah kepada pengundi Melayu kerana mengundi PKR pada PRU12 yang lepas.
2) Ini merupakan siri membalas jasa kepada pengundi Melayu selepas projek Kandang Babi Mega Teressa Kok.
3) Kerajaan PKR nampak sangat kerajaan boneka.Khalid Ibrahim umpama lembu dicucuk hidung, boleh ditarik kesana dan kemari, lembu yang digunakan apabila hanya membajak sawah sahaja. Lepas padi dituai, orang lain yang makan.
4) Khalid Ibrahim sememangnya bukan pejuang Melayu, bukanlah pejuang yang mempertahankan hak dan keistimewaaan Melayu, tetapi Khalid adalah pejuang kesamarataan sama seperti Lim Kit Siang and Co.
5) Nampak sangatlah Khalid Ibrahim ni gila kuasa.
6) Tahniah kepada pelajar Uitm yang terus menyokong PKR dan PR walaupun busuk apabila dihidu.
__________________________________________________
Ini pulak pandangan Mustika:

1) Khalid dicucuk hidung oleh DSAI. DSAI bersekongkol dengan Kit Siang. Tak hairanlah beliau mengeluarkan kenyataan sebegitu. Sebab kedua-dua pemimpin pembangkang inipun cakap je lebih.
2) PAS sudah hilang taringnya. Mereka sudah pekakkan telinga dan bisukan lidah. Takut dengan DSAI dan DAP
Mustika tidak mahu menyalahkan pengundi PRU yang lepas kerana mereka terpengaruh dan terpedaya dengan janji-janji manis yang ditabur oleh Pakatan Rakyat. Mustika harap kali ini pengundi di Permatang Pauh bijak menilai yang mana kaca yang mana intan. Jangan kesilapan lalu berulang kembali. Kepada pengundi Permatang Pauh, Mustika harap mereka fikir lah tentang masa depan anak cucu mereka, jangan silap membuat pilihan.

PAS TERUS_TERUSAN JADI KUDA TUNGGANGAN PKR & DAP

oleh: Mustikacitra-indah


gambar (http://pewarismelayu.blogspot.com/)

Mustika: PAS sudah terus-terusan menjadi kuda tunggangan Parti KeAdilan dan juga DAP. Tatkala negara digegarkan dengan kenyataan MB Selangor bahawa kouta pelajar UiTM harus dibuka 10% kepada pelajar bukan Melayu, PAS cuma berdiam diri. Dulu isu babi juga PAS diam. Agaknya PAS takut dan gentar dengan PKR dan DAP. Yelah mereka sekarang bernaung di bawah Pakatan Rakyat yang diterajui PKR dan DAP. PAS diibaratkan "ditelan mati mak di luah mati bapak". Itulah...... UMNO ajak muzakarah, degil, TAK NAK!, sombong! Tengok sekarang apa jadi? PAS sudah terkunci mulut, tergadai maruah!

PAKATAN RAKYAT MENUJU PUTRAJAYA: JANGAN BERMIMPI DI SIANG HARI

oleh: Mustikacitra-indah

Pakatan Rakyat Menuju Putrajaya..... Ayat ini terpampang pada poster PKR yang mempamerkan Anwar Ibrahim dengan senyum kambingnya bersama Wan Azizah yang Mustika nampak sejak perang poster bermula di Parlimen Permatang Pauh. Persoalannya sekarang, LAYAKKAH mereka? Wajarkah Mustika memberi pujian kepada mereka atas kehebatan cita-cita dan impian mereka? Jawapannya TIDAK!!!

Jangan harap mereka boleh menerajui Putrajaya jika belum setahun memerintah sudah nampak kepincangan nya, sudah terserlah ketidak matangan kepimpinan mereka dan sudah terobek hati dan perasaan orang Melayu. Wajarkah hak Melayu di jadikan bahan uji kaji bagi mendapatkan sokongan pengundi bukan Melayu? Jawapannya TIDAK!!!

Anwar orang Melayu, Khalid Ibrahim juga orang Melayu.... Sanggup mereka memperdagangkan nasib Melayu. Memang TIDAK BERHATI PERUT LANGSUNG!!!

ARIFF SHAH IS THE BEST CANDIDATE

BUKIT MERTAJAM, Aug 14 (Bernama) -- Barisan Nasional (BN) leaders said Seberang Jaya State Assemblyman Datuk Ariff Shah Omar Shah is the best candidate to challenge Parti Keadilan Rakyat (PKR) adviser Datuk Seri Anwar Ibrahim in the Permatang Pauh by-election on Aug 26.

Penang MCA liaison chairman Datuk Liow Tiong Lai was confident Ariff Shah who could speak Mandarin and Hokkien would attract the Chinese voters.

"MCA will fully support him in wresting the Permatang Pauh seat," the MCA Youth chief told Bernama here Wednesday night.

Penang Umno liaison deputry chairman Datuk Abdul Rashid Abdullah said he was confident that Ariff Shah would get strong backing from the Chinese and Indian voters.

"The two-term Seberang Jaya assemblyman had proven his ability in serving his contituency," he told reporters after Deputy Prime Minister and Umno deputy president Datuk Seri Najib Tun Razak announced the BN candidate at Bandar Sunway Convention Centre here.

Gerakan secretary-general Datuk Seri Chia Kwang Chye said Ariff Shah was a capable candidate and his ability to defend the Seberang Jaya state seat was the reason why he was chosen to contest in Permatang Pauh.

"Ariff is facing a daunting task and our objective is to reduce the majority of the opposition from the last election," he said.

Penang Umno Youth chief Datuk Salim Abdul Bari said the movement would canvass for support among the youths and persuade them to vote in the by-election.

"We are confident that Ariff Shah can give a good fight and it is not impossible for him to win," he said.

Meanwhile, Datuk Pirdaus Ismail, the BN candidate for Permatang Pauh in the last two general elections said he was happy for Ariff Shah as the candidate was his close friend.

"I will support and campaign hard for him," he said, adding, that he was not disappointed for not being chosen to stand again in Permatang Pauh.

-- BERNAMA


We

ARIFF SHAH NAMED AS BN CANDIDATE

BUKIT MERTAJAM, Aug 13 (Bernama) -- Seberang Jaya Assemblyman Datuk Ariff Shah Omar Shah has been named as Barisan Nasional (BN) candidate for the Permatang Pauh by-election on Aug 26.

Deputy Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak who is BN deputy chairman and Umno deputy president, said that after considering various aspects including local and current factors, Ariff Shah, 52, was the best candidate to take on Parti Keadilan Rakyat (PKR) advisor Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Najib made the announcement in front of over 3,000 BN supporters at Sunway Carnival Convention Centre here Wednesday night.

The by-election was called after PKR president Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail vacated the seat to make way for her husband Anwar to make a bid to return to Parliament.

The Election Commission (EC) has fixed Aug 16 for nominations.

Najib told reporters later that he was confident that Ariff Shah who has served the Seberang Jaya constituents well, would be able to do the same for all Permatang Pauh residents.

Ariff Shah was first elected Seberang Jaya Assemblyman in the 2004 general election when he defeated Dr Mansor Othman of PKR with a 4,464-vote majority. In the March 8 polls, he retained the seat for the second term after beating Ramli Bulat also of PKR by 533 votes.

When suggested to him that it was not a normal BN practice for its elected representative to serve as Member of Parliament and Assemblyman at the same time, Najib said nothing could prevent the coalition's leadership from making the decision because it did not contravene the Federal Constitution and the opposition also did the same.

When asked whether Ariff Shah's nomination would swing Chinese votes to BN, he said: "I am hoping to swing all votes".

He was also confident that all BN components would work together to ensure the coalition's success. "We are not looking at it from the aspect of election but we need to look at it in the aspect of BN's strength in the long run," he said.

Najib hoped all party leaders and members would give full support to Ariff Shah and his nomination did not mean it had affected the political future of others not selected.

"I also hope all the candidates not selected will give full support and work together in mobilising the party's machinery to ensure BN's victory in the by-election.

"During the campaign, don't push aside the selected candidate although in our division we are not supporting him. Don't look at him as the enemy," he said.

Najib said Ariff Shah's selection was also based on his success in retaining the Seberang Jaya seat in the last general election.

"We have to strive to achieve success and we should not entertain other considerations and we should not think who will become divisional chief and so on. Instead, think of the strategy to win the by-election.

Ariff Shah was born in Penang and attended primary and secondary education at Chinese schools in Perak, Terengganu and Kuala Lumpur.

He is also fluent in Mandarin and Hokkien.

Present at tonight's function included Gerakan acting president Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, Umno secretary-general Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Umno information chief Tan Sri Muhammad Muhd Taib, Umno Youth head Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Puteri Umno chief Datuk Noraini Ahmad and state MCA chairman Datuk Liow Tiong Lai.

-- BERNAMA