Thursday, April 1, 2010

MOHD NIZAR (PASIR PANJANG) GAGAL DALAM DEWAN UNDANGAN NEGERI PERAK, 31 MAC 2010

Oleh : Pemikir MM

Pembangkang di Perak mendapat peluang untuk menggunakan Sidang Dewan Undangan Negeri Perak untuk melakukan sesuatu yang tidak menguntungkan semua pihak terutamanya rakyat Perak. Ketua mereka Mohd Nizar (DUN Pasir Panjang) merupakan ketua dalam mengepalai ahli-ahli pembangkang DUN dengan kegiatan-kegiatan samseng sehingga membinggungkan penyokong mereka sendiri di Perak.

Walaupun mereka kelihatan cuba membuat sesuatu yang boleh menganggu-gugat persidangan dewan, kali ini mereka kelihatan gagal. Sepatutnya, sebagai ahli DUN, mereka berusaha mencari kesempatan untuk berhujah tentang isu-isu kepentingan rakyat dan bukannya menyalahgunakan dewan mulia ini untuk mencetuskan kekecohan dan suasana huru-hara. Keadaan seperti ini tidak patut ujud lagi dalam dewan. Pembangkang-pembangkang ini dapat digulungkan sebagai orang-orang yang tidak sopan dan beretika terutama dalam dewan.

Apa yang mereka dapat daripada berperangai demikian? Rata-rata rakyat Malaysia amnya, Perak Khasnya, menjadi bertambah binggung terutamanya tentang hala-tuju ahli-ahli pembangkang yang mereka taruh harapan sejak pemilihan dalam pilihan raya 2008. Apa yang Perak terima selama ini adalah penghinaan akibat daripada perbuatan ketua pembangkang yang masih bercita-cita untuk menjadi Menteri Besar, Perak. Tidakkah beliau sedar bahawa mahkamah telah membuat keputusan? Terima sahajalah apa yang telah diputuskan dan tunggulah apabila timbulnya pilihan raya yang akan datang. Malaysia mengamalkan demokrasi berparlimen di mana rakyat diberi peluang untuk memilih kerajaan tiap-tiap 5 tahun sekali.

Tidak cukup menghina dewan, pembangkang juga membuat kenyataan yang melulu serta tidak bertanggungjawab terhadap PDRM. Pengerusi DAP Perak, Ngeh, dengan sewenang-wenangnya menganggap kehadiran polis di sekitar dewan sebagai pencemaran. Ini satu lagi tuduhan tolol pembangkang yang tidak menggunakan akal. Kehadiran polis di situ adalah untuk memastikan bahawa persidangan dewan berjalan dengan lancar dan aman.
Pemerhati berpendapat bahawa pendedahan oleh YB MB Datuk Seri Zambry bahawa beliau telah dipujuk untuk menjadi ahli pembangkang, merupakan lagi satu berita buruk mengenai taktik kotor pembangkang. Lakonan yang dibuat oleh pembangkang di dewan mulia negeri mestilah dikutuk. Pihak BN dalam dewan perlu memperkukuhkan peraturan perjalanan persidangan DUN pada masa yang akan datang. Jika ini tidak dilakukan, dewan Negeri Perak akan sentiasa dianggap negatif oleh pemerhati-pemerhati politik dalam dan luar Perak.

Wira mengucap tahniah kepada YB MB Perak kerana tidak mudah dipermain-mainkan oleh ketua pembangkang yang perlu mengikuti kursus adab di Ipoh.

No comments: