Wednesday, March 31, 2010

PARLIMEN DIHIDANGKAN PENDEDAHAN-PENDEDAHAN NIAT KETUA PEMBANGKANG


Oleh : Pemikir MM

PKR terus dilanda pendedahan demi pendedahan oleh ahli-ahli setianya sendiri. Dua pendedahan mengenai agenda sulit Ketua Pembangkang telah pun dipaparkan dalam Dewan Parlimen oleh MP Bebas - Dato’ Zahrain (Bayan Baru) pada 17 Mac 2010 dan juga YB Zulkefli Noordin (Bebas – Kulim Bandar Baru). Ini diikuti pula oleh YB Wee Choo Keong (PKR – Wangsa Maju).

Pendedahan ini telah diteliti oleh rakyat melalui media dan juga penyata rasmi Parlimen yang mengeluarkan ucapan masing-masing secara “verbatim”. Rakyat bebas membuat rumusan terhadap Ketua Pembangkang yang tidak mempedulikan kepentingan dan keselamatan negara. Beliau hanya memikirkan kepentingannya sendiri untuk merangkol jawatan Perdana Menteri dengan cara bertentangan dengan lunas-lunas demokrasi. Selain menggunakan politik wang, terbaca juga bahawa beliau cuba memujuk beberapa ahli-ahli Parlimen untuk menyeberang masuk kegelanggang pembangkang dalam Parlimen.

Isu pendedahan-pendedahan seperti ini rumitkan PKR, apabila ujudnya napolean-napolean kecil yang cuba mempengaruhi pemimpin-pemimpin PKR secara senyap. Ahli-ahli PKR mengenali napolean-napolean ini tetapi belum bersedia untuk memberitahu dunia. Napolean-napolean merupakan mereka-mereka yang sudah lama mengidam untuk duduk dalam kerajaan terutamanya di dalam Parlimen. Apabila peluang ini dibuka kepada mereka, napolean-napolean ini seperti pucuk dicita, ulam mendatang tidak membuang masa untuk menggorak langkah rapi bertujuan menaluki PKR. Mereka ini merupakan musuh-musuh dalam selimut dalam PKR itu sendiri.

Ahli-ahli PKR sudah mula bertanya-tanya kerana mereka binggung dengan pendedahan-pendedahan yang dibuat oleh bukan sebarangan orang. Mereka mempunyai perasaan bercampur-campur dan terdapat tanda-tanda bahawa sudah mulai hilang keyakinan terhadap pucuk pimpinan PKR. Mereka rasa selama ini tertipu oleh idola-idola yang pandai berucap tetapi tidak mempunyai integriti-integriti yang diharapkan.
Pemerhati berpendapat bahawa kemelut dalaman PKR akan berterusan dan kini ramai lagi yang mungkin akan tinggalkan PKR kerana kecewa bahawa pemimpin-pemimpin mereka itu mempunyai agenda sempit serta opportunistik. Mereka tidak rela diperbudak-budakkan lagi kerana pemimpin ini telah diberi masa untuk membuktikan diri masing-masing. Baru-baru ini beberapa ahli-ahli jati PKR telah secara senyap tinggalkan PKR kerana tidak mahu duduk di bawah satu badan yang tidak bertanggungjawab.

Eloklah ahli-ahli PKR meneliti ucapan-ucapan YB Bayan Baru dan YB Kulim Bandar Baru. Anda boleh melayari web Parlimen.com.my untuk membacanya sambil bersantai.

No comments: