Persidangan hari ini banyak menperlihatkan bahawa seawal pagi hingga petang, isu utama yang dimainkan oleh pihak DAP adalah isu yang sama dan sering berulang-ulang.Pernyataan yang dibangkitkan sedikit sebanyak menunjukkan bahawa pihak DAP sudah ketandusan isu yang lebih rasional dan lebih banyak menyerang tentang isu yang sinonim dengan sifat 'kenegaraan' mereka. Isu tentang modul yang terdapat dalam program anjuran BTN,yang mana di lihat sebagai agen 'pencuci minda' kepada individu yang menyertai program anjuran BTN tidak dipersetujui dan memohon agar modul tersebut diubah agar lebih bersifat kepada penerimaan secara '1 Malaysia' yang mana pengkhususannya adalalah lebih menyeluruh dan tidak berat sebelah.DAP juga mempertikaikan tentang peruntukan yang 'besar' daripada pihak kerajaan kepada BTN dan juga JASA.
Isu yang dimainkan tidak lain dan tidak bukan hanyalah bertujuan menunjukkan kepada rakyat bahawa mereka adalah begitu mengambil berat tentang perbelanjaan wang negara oleh pihak kerajaan dan dalam masa yang sama juga pihak DAP cuba untuk membuatkan rakyat hilang rasa percaya kepada pihak kerajaan.Namun malang sekali,semua kecaman tersebut ternyata tidak berhasil sama sekali.Hasil daripada kecaman yang kurang 'cerdik' telah membawa kepada hukuman gantung kepada Ahli Parlimen Bukit Gelugor selama 10 hari yang membuatkan persidangan pada hari ini agak 'kurang menyengat' dan kurang panas dengan variasi perkataan 'pemanis halwa telinga' hidangan Ahli Parlimen dan juga pemerhati yang menghadiri Parlimen pada hari ini sehingga kepada tarikh akhir penggantungannya.
Namun begitu,wakil daripada DAP samada daripada Ipoh Timur,Puchong mahupun Bruas adalah begitu bersifat emosional dalam mempertahankan isu yang melibatkan kaum masing-masing.Pelbagai telahan dan provokasi di lakukan bagi membangkitkan perasaan marah,namun semua yang dikatakan adalah begitu bersifat kebudak-budakan dan kurang kematangan dalam memberi satu persepsi tentang apa yang dibawa oleh pihak kepimpinan pembangkang yang kononnya amat kongruen dalam pertahankan hak dan perpaduan rakyat di Malaysia.
No comments:
Post a Comment