Thursday, June 28, 2012

SPRM BERTINDAK TEGAS - KES TEOH BENG HOCK


Oleh MM,

SPRM akan mengambil tindakan terhadap 3 pegawainya yang terlibat dalam kes kematian Teoh Beng Hock. Tindakan ini akan diasaskan kepada penelitian yang dibuat nanti oleh satu pasukan khas untuk menyiasat mereka bertiga. SPRM akan menunggu keputusan pasukan ini sebelum mengambil tindakan seterusnya.
Tindakan SPRM ini menunjukkan bahawa ia adalah telus dan bersikap tidak berat sebelah. Pendirian SPRM untuk terus menyiasat dalam kes Teoh Beng Hock ini adalah untuk memaparkan kepada rakyat bahawa undang-undang mesti dipatuhi dan juga tiada seseorang pun yang lebih tinggi daripada undang-undang negara. 

WIRA mengucapkan syabas kepada SPRM kerana sentiasa memberi maklumat terkini kepada rakyat dan juga di samping itu amaran kepada sesiapa juga yang cuba berasuah

MALAYSIA AKAN MELABUR DI REPUBLIK GUINEA - SELAMAT DATANG PRESIDEN GUINEA


Oleh MM,

Lawatan Presiden Republik Guinea daripada Afrika ke Malaysia mulai 27 Jun 2012 adalah satu lawatan yang bermakna kepada kedua-dua negara. Guinea meminta Malaysia menyokong membangunkan ekonominya yang mempunyai banyak sumber alam untuk dijadikan sebagai bahan perniagaan Guinea. President nya En.Alpha Conde semasa bertemu YAB PM menyatakan bahawa Guinea telah melaksanakan beberapa reformasi berkaitan dengan aspek keselamatan negara dan juga sedang mengulang kaji sistem kehakimannya. Guinea sudah pun mengadakan tatacara pelaburan supaya dapat menarik negara-negara luar melabur di negerinya. Kini Guinea adalah sebuah negara berdemokratik dan telah menyisihkan sistem diktator yang ada sebelum ini. Presiden juga memuji Malaysia sebagai negara contoh Islam yang elok diikuti contoh-contohnya bagi membangunkan negara-negara Islam lain.

YAB PM menyambut hasrat Guinea dengan terbuka dan beliau yakin bahawa pelabur-pelabur Malaysia akan meneliti keperluan-keperluan yang disebut oleh Presiden Guinea. YAB PM mengatakan bahawa Malaysia boleh mencebur dalam bidang pembekalan alat-alat pertanian moden, ICT dan perbankan Islam di Guinea.

Pemerhati menyambut baik kedatangan Presiden Guinea ini dan adalah diharapkan bahawa lawatan ini tidak akan berakhir begitu sahaja tetapi mencapai matlamat kedua-dua negara atas dasar menang-menang

Tuesday, June 26, 2012

TERIMA KASIH KEPADA TAN SRI AHMAD FUAD

Oleh MM

Tugas Datuk  Bandar Kuala Lumpur adalah satu yang mencabar kerana ia juga dianggap sebagai Menteri kecil dalam memastikan Bandaraya Kuala Lumpur berjalan dengan terbaik. Perlu diingat bahawa terdapat 3 juta rakyat di Wilayah Kuala Lumpur tidak termasuk mereka yang bermastautin di Lembah Klang dan kawasan Kajang. Kota ini akan menjadi lebih sibuk dan tumpuan apabila wujudnya nanti MRT yang menghubungi Sungai Buloh hingga ke Kajang. 

Kuala Lumpur merupakan satu bandar yang moden dan dapat menandingi kota-kota lain di dunia ia tidaklah sesibuk kota New York City, Tokyo, Jakarta, Bangkok, London kerana faktor kependudukan yang masih dapat diuruskan. Kota-kota lain yang disebut tadi mempunyai penduduk yang melebihi 6 juta penduduk,  bayangkan kota New York sekiranya berlaku blackout maka wujud lah kekecohan dan masalah-masalah sosial seperti penjenayahan dan lain-lain lagi. Penulis pernah mengalami peristiwa "blackout" di kota New York pada tahun 1976 yang berlarutan hingga subuh. Bayangkan senario itu dimana penghuni-penghuni dalam tiap bangunan di kota New York menghadapi masalah termasuk untuk turun naik bangunan-bangunan tinggi yang mereka diami.

Pemerhati berpendapat bahawa setakat ini Datuk Bandar Kuala Lumpur semenjak Allahyarham Tan Sri Yaakob adalah dalam keadaan terkawal malah semenjak era Tun Dr.Mahathir mantan PM kota Kuala Lumpur membangunkan dengan pesatnya dan kini menjadi terkenal dan tumpuan 23 juta pelancong dari luar. 

Pemerhati ingin mengucapkan tahniah kepada Tan Sri Ahmad Fuad Ismail yang akan bersara pada 15 Julai 2012 kerana terdapat menjalankan tugasnya sebagai Datuk Bandar dengan cemerlang. Beliau patut di puji kerana bersikap tegas dalam mengendalikan isu dataran merdeka yang menjadi tumpuan semasa demonstrasi 28 April 2012. Sikap tegas Tan Sri Fuad ini menyerupai sikap tegas Mayor Bloomberg, bagi kota raya New York. Untuk makluman, Bloomberg sangat tegas semasa mengendalikan demonstrasi oleh NGO-NGO bernama Occupy Wall Street dan mengusir mereka daripada kawasan itu. Bloomberg mengatakan kepada penunjuk perasaan ini bahawa mereka perlu bersurai kerana kekotoran yang wujud boleh membawa mudarat kepada kesihatan penghuni-penghuni di kawasan Wall Street, New York.

Pemerhati mengucapakan SELAMAT BERSARA kepada Tan Sri Fuad dan adalah diharapkan bahawa Datuk Bandar Baru, Datuk Ahmad Phesal Talib akan dapat mempertingkatkan lagi imej Kuala Lumpur di mata dunia. 

DIPLOMAT SINGAPURA PERLU DIPANGGIL PULANG

Oleh MM

Penglibatan tiga diplomat Singapura dalam demonstrasi BERSIH 3.0 pada 28 April 2012 adalah satu tindakan yang jelas menunjukkan diplomat Singapura ini perlu kembali semula di kolej diplomasi. Dengan cara ini, mereka akan dapat mempelajari cara seorang diplomat bergerak semasa bertugas di negara asing termasuk di Washington, Bangkok, Jakarta Phenom Pen, dan Malaysia. Secara asasnya, seorang diplomat mesti elak daripada terlibat dalam politik negara yang mereka ditugaskan. Apabila mereka di dapati terlibat, pihak Kementerian Luar Negeri setelah mendapat laporan sahih, akan membawa perkara ini ke pengetahuan negara asal usul diplomatik.Negara tersebut akan cuba menafikan atau meminta maaf. Dalam kes BERSIH ini, kedutaan Singapura mengatakan bahawa diplomat itu terdapat di kawasan demonstrasi atas inisiatif peribadi mereka dan tiada kena mengena dengan kedutaan Singapura di Kuala Lunpur. Wakil Singapura juga memprotes tentang sikap kasar yang di paparkan oleh Malaysia terhadap diplomat mereka.

Pemerhati berpendapat adalah elok kedutaan Singapura bersikap professional dalam mengendalikan diplomasinya di Malaysia supaya hubungan dua hala akan bertambah akrab. Pegawai-pegawai ini eloklah di panggil balik dan digantikan dengan pegawai-pegawai baru. Kerajaan Singapura sepatutnya mengambil tindakan disiplin terhadap mereka supaya mereka tidak ulangi kerja-kerja seperti ini di negara-negara lain.

BUKU TERBARU

SILA DAPATKAN BUKU BERTAJUK LANGIT TERBUKA - KOLEKSI TERBUKA DR.MASHITAH IBRAHIM DAN BUKU MODERAT OLEH DR.MASHITAH IBRAHIM, TIMBALAN MENTERI JPM

BUKU BERTAJUK AGENDA ISLAM PERLU DIBACA OLEH SEMUA

Oleh MM

Dato' Seri Najib telah melancarkan buku bertajuk " AGENDA ISLAM dalam Transformasi Negara" di PWTC pada 25 Jun 2012. Buku ini diterbitkan oleh Sekretariat Ulama-Uamra (UMUM). Ia adalah koleksi ucapan dan perutusan Perdana Menteri Malaysia sejak 2009. Antara kandungan menarik dalam buku ini adalah berkaitan dengan memartabat agenda Islam, mengukuh fahaman. Buku ini mengandungi maklumat-maklumat yang sangat terkini yang boleh memberi kefahaman tentang usaha-usaha kerajaan dalam transformasi negara. Ia juga mencerminkan bahawa kerajaan telah banyak membawa perubahan dalam memartabatkan Islam untuk menjadikan Malaysia terus di hormati di peringkat dunia.

Semasa pelancaran buku ini Perdana Menteri telah mengisytiharkan kenaikan pangkat JUSA B kepada Mufti Wilayah Persekutuan ini lagi satu tanda baik  bahawa kerajaan memberi tumpuan kepada pentadbiran jabatan dan juga kedudukan Mufti dalam Wilayah. Adalah diharapkan bahawa JUSA B juga dapat diberikan kepada Mufti-mufti di negeri-negeri tertentu termasuk Sabah dan Sarawak.

Pemerhati berpendapat bahawa buku penulisan Dato' Najib ini perlu diperolehi dan dihayati supaya kefahaman mengenai tindakan kerajaan akan dapat dirasai. 

Tuesday, June 19, 2012

RAKYAT SOKONG 20 AKAUN DI SIASAT

Oleh MM,


Isu RM3b MP Permatang Pauh adalah satu pendedahan yang perlu mendapat penjelasan. Rakyat mula tertanya-tanya bagaimanakah perkara seperti ini boleh berlaku pada 1999. Datuk Abdul Murad Khalid, bekas Penolong Gabenor Bank Negara sedia memberi kerjasama untuk membantu siasatan kes ini. Beliau mendedahkan bahawa Anwar menggunakan kedudukannya sebagai Menteri Kewangan untuk mencapai cita-cita politiknya.

Pemerhati berpendapat bahawa rakyat tidak sabar menunggu hasil siasatan pihak berwajib mengenai kes 20 akaun ini. Jikalau ia benar-benar berlaku, maka ini adalah satu gejala yang perlu diperinci dan didedahkan kerana wang RM3b itu bukanlah kecil. Jika dilonggok RM 3 bilion itu ia boleh dimuatkan dalam satu ruang berukuran 20 x 20 kps.

KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA PRIHATIN TERHADAP PEKERJA SWASTA

Oleh MM,


Kemiskinan adalah satu fenomena yang tidak dapat dikikis daripada muka dunia. Ini jelas kelihatan wujud di banyak-banyak negara seperti di Afrika dan juga di Asia. Malaysia adalah satu-satunya negara yang gigih menangani isu kemiskinan. Sejak merdeka pada 1957, isu kemiskinan rakyat merupakan agenda pertama dalam pengurusan ekonomi negara. Ini dijalankan dengan bersungguh-sungguh oleh semua Perdana Menteri Malaysia. Dibawah Program Transformasi Ekonomi yang diutarakan oleh YAB Dato' Seri Najib, kerajaan terus berusaha untuk mengurangkan peratusan kemiskinan di Malaysia. Sehingga ini tahap kemiskinan di Malaysia adalah di bawah 3%. Adalah menjadi hasrat kerajaan untuk mewujudkan sifar kemiskinan di Malaysia. 

Satu daripada cadangan untuk meningkatkan  sara hidup rakyat, kerajaan mencadangkan skim pencen  khas pekerja swasta diwujudkan. Cadangan ini sedang di teliti oleh Kementerian Sumber Manusia, dibawah Datuk Seri Dr.S.Subramaniam. Cadangan ini penting kerana tidak ingin melihat kemiskinan membelenggu pekerja swasta selepas bersara dan tidak dapat menikmati kehidupan berkualiti dengan jangka hayat penduduk yang semakin meningkat, caruman KWSP tidak mencukupi, terutama pekerja-pekerja swasta berpendapatan rendah.

Tindakan kerajaan ini dianggap sangat baik dan menunjukkan bahawa kerajaan sentiasa prihatin terhadap rakyatnya. Kerajaan ingin memastikan bahawa pekerja-pekerja swasta sentiasa terbela supaya mereka anak-anak dan cucu-cucu dapat terus mendapat hidup yang paling terbaik. 

DATO' SERI NAJIB KE ARAB SAUDI MENZIARAH JENAZAH ALMARHUM PUTERA MAHKOTA NAYEF ARAB SAUDI

Oleh MM,


Mangkatnya Putera Mahkota Nayef Abdul Aziz Al Saud adalah satu kehilangan kepada kepimpinan Arab Saudi. Beliau merupakan seorang anak raja yang patriotik dalam memastikan bahawa negaranya sentiasa duduk di atas di landasan terbaik terutamanya dalam menghadapi masalah-masalah antarabangsa seperti isu-isu Palestin, Iraq, dan juga keganasan Al-Qaeda. Arab Saudi dapat terus mengekalkan statusnya sebagai sebuah negara yang tidak mudah dicemar dalam menghadapi isu-isu sensitif demi kepentingan rakyat Saudi. Pemerhati berpendapat bahawa kepimpinan Arab Saudi mempunyai cukup barisan pelapis untuk terus meneraju negara ini ke tahap yang lebih tinggi sebagai negara yang bertanggungjawab besar mempertahankan kota Mekkah dan kota Madinah adalah diyakini bahawa pemimpin-pemimpin Arab Saudi pada masa akan datang akan dapat memastikan bahawa kedua-dua kota suci ini akan terus selamat untuk dikunjungi pada bila-bila masa terutama pada musim haji.

Malaysia mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan Arab Saudi sejak merdeka lagi. YAM Tunku Abdul Rahman merupakan Setiausaha Agung pertama bagi OIC yang berpengkalan di Jeddah. Dengan restu Arab Saudi maka OIC kini merupakan satu organisasi antarabangsa yang di hormati oleh badan-badan dunia seperti Pertubuhan Bagsa-Bangsa Bersatu di New York. Pemerhati berpendapat bahawa kehadiran YAB Dato' Seri Najib, Perdana Menteri Malaysia menghadiri diri di Arab Saudi untuk memberi penghormatan terakhir kepada Al-Marhum, adalah satu bukti tentang keukuhan perhubungan mesra Arab Saudi dan Malaysia.


 Semoga Allah mencucuri rahmatNya di atas roh Putera Mahkota Nayef. Al-fatihah 

Monday, June 18, 2012

MALAYSIA PRIHATIN TERHADAP KONFLIK ETNIK DI MYANMAR

Oleh MM,


Apa yang berlaku di persisiran pantai di barat Laut Myanmar pada 10 Jun 2012 adalah bukan insiden baru yang melibatkan keganasan etnik  “ Rohinga’. Etnik ini adalah berasal dari Bangladesh dan mereka masuk ke wilayah Myanmar secara tidak mengikut peraturan. Ketegangan ini berlaku apabila rakyat tempatan menjadikan kemasukan mereka ini sebagai isu. Tindakan Myanmar untuk mengisytiharkan perintah darurat adalah satu cara untuk mengendurkan ketegangan etnik. Kerajaan Malaysia juga prihatin terhadap apa yang berlaku di wilayah itu dan yakin bahawa Myanmar dapat mengawal keadaan dan meredakan konflik

KHIDMAT CEMERLANG TAN SRI KSN TIDAK AKAN DILUPAKAN


Oleh MM,

Untuk makluman bahawa Tan Sri Mohd Sidek Hassan, KSN ke-12 dalam pentadbiran awam Malaysia akan tamat tempoh perkhidmatan pada  23 Jun 2012. Wira Malaysia berpendapat bahawa sepanjang khidmat Tan Sri sebagai Ketua Setiausaha Negara, beliau telah memberi khidmat cemerlang kepada perkhidmatan dan negara. Persaraaan beliau pada 23 Jun 2012 ini merupakan satu kehilangan pegawai berkaliber tinggi kepada negara. Wira Malaysia ingin mengucapkan terima kasih kepada Tan Sri di atas perkhidmatannya selama ini. Semoga pengalaman luas beliau akan terus dioptimakan oleh Kerajaan pada masa akan datang termasuklah menerajui GLC tertentu.

Friday, June 15, 2012

MALAYSIA PERLUKAN KAPAL SELAM UNTUK MENJAGA PERAIRAN

Oleh MM,

Pembangkang cuba memperkecilkan kekuatan Angkatan Tentera Malaysia. Baru ini mereka cuba mempertikaikan pembelian kapal selam Scorpene daripada negara Perancis.  Mereka menggunakan NGO Suaram untuk memperlekehkan kerajaan Malaysia dalam isu ini. Suaram juga bergerak dengan NGO di Perancis dengan tujuan untuk memburukkan imej kerajaan dan pemimpin Malaysia.

Pemerhati berpendapat bahawa pembangkang sudah ketandusan isu mereka sengaja mencari-cari isu untuk tujuan mengelirukan rakyat. Sebenarnya isu Scorpene ini tidak ada memberi apa-apa masalah. Adalah tidak mudah untuk memiliki kapal selam bagi tentera laut dimana-mana negara juga. Israel pun mempunyai kapal selam sendiri di Lautan Mediterranean begitu juga Singapura diikuti oleh Thailand dan Indonesia.

HIMPUNAN MENDELING YANG PERTAMA DI PARLIMEN GOMBAK

Oleh MM,

PERHIMPUNAN SUKU KAUM MENDELING DI PARLIMEN GOMBAK PADA 14HB JUN 2012, KHAMIS telah menarik perhatian lebih kurang 500,000 ribu warga mendeling terutamanya di Perak dan Negeri Sembilan. Program ini diselaraskan oleh Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), KPKK telah dirasmikan oleh YB Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim, Menteri Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan. Seramai 400 orang-orang mendeling telah menghadiri porgram ini yang pertamanya diadakan di Malaysia. Program ini juga telah memaparkan tarian dan gendangan yang dibawa oleh mereka daripada Sumetara Utara.

Pemerhati mengucapkan syabas kepada JASA yang menjayakan program ini dan menjadi harapan bahawa ia dapat diadakan di negeri Perak dan Negeri Sembilan pada masa yang akan datang. 

AKADEMI UNDANG-UNDANG PERLU DIWUJUDKAN SEGERA

Oleh MM,

Majlis Peguam perlu bersikap terbuka dan demokratik. Ia sepatutnya mengalu-alukan cadangan penubuhan Akademi Undang-Undang yang benar-benar bertujuan untuk meningkatkan lagi profesionalisme warga-warga peguam di Malaysia. Majlis Peguam tidak seharusnya bimbang dengan cadangan untuk meneruskan penubuhan Akademi Undang-Undang

Majlis Peguam harus melihat peranan Majlis Peguam yang berada di Singapura. Di sana Majlis Peguam benar-benar menepati kehendak-kehendak ahli-ahlinya yang tidak suka terlibat dalam politik Singapura. Ahli-ahlinya diberi kemudahan untuk melaksanakan program-program termasuklah yang bersifat kekeluargaan.

Pemerhati berpendapat bahawa sudah sampai masa Akademi Undang-Undang ini direalisasikan oleh pihak Kerajaan dan juga diberi tugas-tugas hakiki demi mempertingkatkan kerjaya tiap peguam yang sedia ada dan juga mereka-mereka yang akan keluar daripada universiti-universiti. Usaha Menteri di JPM, Datuk Seri Mohamad Nik Abdul Aziz elok disokong oleh ahli-ahli Parlimen dan rakyat amnya.

NIZAR JAMALUDDIN, MP PERLU TURUN KE JOHOR SEGERA

Oleh MM,

Mohd Nizar Jamaluddin, MP dan juga ADUN Pasir  Panjang, Perak hendaklah ambil perhatian reaksi rakyat Johor khususnya berhubung kenyataanya di Twitter mengenai plat WWW 1 sehingga menyebabkan DYMM Sultan Johor murka. Setakat ini beliau hanya menyatakan kesesalannya melalui media dan akhbar. Pendekatan ini masih menunjukkan bahawa beliau tidak ikhlas dan berani bersemuka dengan rakyat Negeri Johor supaya meminta maaf.

Pemerhati politik berpendapat bahawa MP ini turun ke Johor untuk menghadap DYMM Sultan Johor untuk menyatakan kekesalannya.Hanya dengan cara ini rakyat Johor boleh menerima maafnya. Turun la segera ke Johor dalam masa terdekat .


Wednesday, June 13, 2012

Larangann Menunaikan Haji?

Seorang EXCO PAS telah membuat katanya syor peribadi bahawa penyokong-penyokong PAS batalkan niat menunaikan haji pada tahun 2012 supaya memberi tumpuan kepada PRU 13. Ini adalah satu syor yang telah mendapat sambutan dari pemimpin-pemimpin PAS dan justeru mereka-mereka yang terlibat tidak perlulah membuat haji pada tahun ini. Ini adalah satu syor baik jika ada krisis atau peperangan berlaku di Timur Tengah atau berhampiran dengan Arab Saudi tetapi bagi tujuan politik PAS untuk menghalang mereka menunaikan haji adalah satu perkara yang tidak sesuai terutamanya dalam situasi dimana Malaysia adalah negara aman, sentosa. Pemerhati politik nasihatkan bahawa syor PAS ini ditolak membolehkan jemah yang telah mendafatr untuk  menunaikan haji mereka pada tahun ini

Oleh MM

Lautan Selatan China - Pengurusan Krisis

Krisis Lautan Selatan China menjadi tumpuan baru-baru ini apabila berlakunya pertembungan tentera laut Filipina dengan tentera laut negeri China. Negeri China membuat demikian kerana menganggap kawasan yang dimasuk oleh tentera laut Filipina adalah territorinya, keadaan tegang berlarutan sehingga ada intervensi daripada pihak Amerika Syarikat yang merupakan sekutu kuat Filipina. Perkara ini perlu diberi perhatian oleh negara-negara ASEAN yang juga mempunyai kepentingan masing-masing di Lautan Selatan China yang mempunyai sumber laut  yang belum di eksploitasi

Oleh MM