Wednesday, March 24, 2010

YTH TUAN SYEIKH DR. YUSOF AL QARADAWI MENOLAK ORANG-ORANG ISLAM SUKA BERBOHONG


Oleh : Pemikir MM

Permatang Pauh telah menggunakan berbagai-bagai cara untuk memperkecil-kecilkan kedudukan Malaysia di dunia ini dalam pelbagai aspek. Beliau telah menggunakan personaliti-personalti tertentu untuk kepentingan dirinya yang setakat ini masih kelihatan tidak berwibawa sebagai ahli politik.

Baru-baru ini beliau telah menggunakan seorang ulama keturunan Mesir untuk mempertahankan kedudukannya berkaitan dengan isu liwat. Dalam hubungan ini satu rakaman telah dirancang dikediaman Syeikh Al-Qaradawi di Doha (Qatar) pada 14 Februari. Rakaman ini t elah di video dan diedarkan.

Di antara lainnya, perakam video ini telah mengumpan soalan-soalan yang telah diteliti, mendapat jawapan-jawapan yang berat sebelah atau lopsided. Soalan-soalan yang dikemukakan merupakan leading questions di mana jawapan-jawapan yang diberi oleh Syeikh itu adalah menguntungkan perakam. Perakam cuba mengumpan tuan Syeikh untuk bersetuju bahawa apa yang berlaku terhadap Anwar Ibrahim adalah satu pembohongan. Apa yang beliau buat termasuk liwat dan lain-lain yang tidak diterima Islam, sebagai satu pembohongan.

Sebenarnya perakamlah yang membawa pembohongan dan memerangkap diri sendiri. Tidakkah dia sedar bahawa pihak yang dianiayai oleh Permatang Pauh sudah mengangkat sumpah? Tidakkah dia tahu bahawa keputusan DNA sudah membuka pekongnya? Perkara-perkara seperti ini perakam tidak sepatutnya tonjolkan kepada tuan Syeikh. Perakam kelihatan terjebak dalam dunia ketololan.

Apa yang patut dibuat oleh perakam sebelum merakam temuramah ini ialah memaklumkan tuan Syeikh fakta-fakta dan kronologi berkaitan dengan isu liwat ke atas Saiful. Apa yang berlaku adalah sebaliknya iaitu beliau spoon-fed tuan syeikh kemudian meminta tuan Syeikh untuk hanya menyetujui dengan skrip yang ditulis terlebih dahulu.

Yang paling menyedihkan ialah apabila perakam sanggup menyamakan Permatang Pauh dengan Sayyidatina Aishah. Ini sungguh membingungkan. Tak tahukah Anwar ini siapa? Anak siapa?.

Pemerhati berpendapat adalah tidak perlu Permatang Pauh menyalahgunakan Tuan Syeikh Yusof Al Qaradawi, walaupun ia adalah sahabat akrabnya. Berilah laluan kepada Tuan Syeikh untuk berdepan dengan banyak lagi isu-isu antarabangsa, terutamanya Palestin, Somalia, Iran. Perkara seperti liwat ini eloklah dikupas oleh ahli-ahli tempatan sahaja.

2 comments:

YANG GAMBI said...

Salam bro, kalau masyarakat lebih meneliti serta menilai akan isu ini dengan fikiran yg terbuka, mengapa seharusnya Anwar Ibrahim terlalu banyak menggunakan pengaruh-pengaruh dari luar untuk menafikan perbuatan mungkarnya......

Ini sudah jelas, bahwa Anwar benar-benar manusia putar belit yg sanggup buat apa saja untuk menafikan perbuatan jahatnya.... lihat sajalah bagaiman sahabat-sahabatnya dulu telah membongkar satu persatu muslihat Anwar untuk meruntuhkan kuasa Melayu...

Aura Gading said...

oh negaraku...bumi tempat aku mencari rezeki...aku sayang Malaysia..