Tuesday, January 5, 2010

ORANG MELAYU KELANTAN SUKA BUKAN MELAYU MENJADI MB KELANTAN?

Oleh : MM

Tok Guru menampilkan lagi satu sergahan kepada rakyat Kelantan dimana Kelantan sedia meminda undang-undang Tubuh Negeri memberi peluang kepada orang bukan Melayu berugama Islam menjadi Menteri Besar. Beliau berpendapat bahawa langkah itu adalah Islamik yang tidak memandangkan bangsa lain dalam memilih pemimpin sebaliknya mengutamakan merit. Ini merupakan satu perkara yang biasa di Kelantan kerana orang-orang Kelantan juga berasal dari Thailand dan ada juga dari Komboja. Mereka ini seolah-olah seperti pendatang dan dengan itu mempunyai sentimen politik terbuka.

Apa yang Tok Guru perlu buat sekarang ialah meminda undang-undang ini dan buatlah apa yang sesuai dengan segera supaya apa yang beliau hasratkan dapat dicapai dalam jangka hayat beliau di Kelantan. Kita menunggu saat ini dan harap-harap orang Melayu Kelantan mempunyai pendirian terbuka dan tidak berkecil hati kerana mereka mungkin tidak mempunyai kelayakan dan akhlak sesuai untuk memimpin Kelantan. Kepada orang-orang Melayu Kelantan kita ucapkan bersabar dan terus bekerja keras bagi membuktikan mereka mempunyai kewibawaan seperti apa yang tanda araskan oleh Tok Guru.

Wira berpendapat bahawa sergahan-sergahan tidak menentu itu adalah tanpa perancangan oleh MB Negeri Kelantan. Beliau mungkin mempunyai agenda yang lebih luas untuk cuba memerangkap sesiapa yang cuba menidakkan cadangan. Cadangan Tok Guru adalah satu lagi diversi untuk melarikan pandangan rakyat daripada isu-isu kritikal dalam tubuh parti PAS itu sendiri. Sergahan ini adalah satu amaran kepada pemimpin-pemimpin PAS yang mempunyai niat untuk mengganti atau mengulingkan beliau dalam dekad mulai 2010.

Adalah dicadangkan kita tunggu dan lihat. Jangan gusar dengan sergahan-sergahan baru yang akan nunkilkan oleh Tok Guru dalam 2010 bertujuan untuk mempertahankan kedudukan beliau sebagai MB dan jaguhan PAS.



No comments: