Wednesday, March 31, 2010

YB PASIR MAS SYOR ADAKAN "KERTAS PUTIH" MENDEDAH SIAPAKAH KETUA PEMBANGKANG

Oleh : Pemikir MM

YB Dato’ Ibrahim Ali (Pasir Mas) dalam Ucapan Perbahasan Titah Ucapan Di-Raja pada 22 Mac 2010 menyentuh mengenai Ketua Pembangkang (Permatang Pauh). Beliau menyatakan bahawa baru-baru ini risalah diedarkan seluruh Malaysia menafikan mengenai kes liwat beliau dan juga berkaitan video Ulama Besar Syeikh Dr. Yusof Al-Qaradawi dari Mesir. YB meminta KDN mengambil tindakan menyiasat kerana ini ada hubungkait dengan isu penghinaan terhadap mahkamah kerana kalau berterusan maka sistem perundangan negara kita menjadi bahan ketawa.

YB Pasir Mas berpendapat bahawa tindak tanduk ketua pembangkang dalam menangani isu kes liwatnya sudah benar-benar mengancam keselamatan. YB juga mengambil kira pandangan-pandangan yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen Bayan Baru bersabit dengan “ Peristiwa 16 September ” .

Dalam hubungan ini, YB mencadangkan kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Di-Raja ataupun menzahirkan “kertas putih” ataupun mengadakan inkues bagi membuat penyiasatan untuk mendedahkan siapakah sebenarnya ketua pembangkang ini kerana beliau sudah membuat tindakan-tindakan yang merosakkan sistem kehakiman negara. Perkara ini tidak pernah dibuat oleh orang selama ini di Malaysia.

Pemerhati berpendapat bahawa syor YB Pasir Mas ini eloklah diteliti oleh Parlimen.


No comments: