Oleh : Pemikir MM
Dalam Ucapan Menjunjung Kasih Atas Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong di Parlimen, MP Tenggara pada 25 Mac 2010 menyentuh mengenai penjawat-penjawat awam berjawatan kontrak yang turut dibangkit oleh YB Kuala Krau dan YB Lipis. Beliau berpendapat bahawa nasib lebih 60,000 kakitangan awam ini perlu pembelaan lebih-lebih lagi 55% daripada mereka ini masih di bawah 40 tahun dan mereka memerlukan kemudahan pinjaman perumahan, kenderaan dan lain-lain disamping memerlukan jaminan masa depan.
YB. menyokong saranan Ceupacs yang mahukan kerajaan mengkaji semula kedudukan pegawai-pegawai kontrak diserapkan ke dalam jawatan tetap walaupun ada jawatan dalam perkhidmatan awam yang memerlukan jawatan kontrak. Mereka ini juga wajar dipertimbangkan anjakan gaji setiap tahun sebagaimana pegawai-pegawai berjawatan tetap.
Pemerhati terharu dengan sikap prihatin YB Datuk Halimah (Tenggara) yang memperjuangkan tentang nasib masa depan pegawai-pegawai kontrak. Majoriti pegawai-pegawai yang terlibat berasa lega apabila kedudukan mereka ini dibincang dalam dewan mulia iaitu Parlimen. Sekurang-kurangnya pegawai-pegawai ini turut mendapat simpati dan perhatian yang semoganya dapat ditimbang dan direalisasikan dalam masa yang terdekat sejajar dengan semangat Model Ekonomi Baru atau New Economic Model yang dibentangkan oleh PM pada 30 Mac 2010.
1 comment:
Diharapkan agar nasib pegawai kontrak di bawah pakej rangsangan ekonomi ke-2 akan terjamin dan akan diserap secara tetap secepat mungkin..amin.
Post a Comment