Wednesday, March 31, 2010

SYOR YB DATUK HALIMAH (MP-TENGGARA) BERKAITAN PEGAWAI-PEGAWAI POOL DIALU-ALUKAN


Oleh : Pemikir MM

YB Datuk Halimah Sadique (BN Tenggara) pada 25 Mac 2010 telah menyokong perkara penting yang dibangkitkan oleh YAB PM semasa MAPA 11 iaitu mengenai sistem pool di JPA. PM berpendapat bahawa kajian komprehensif perlu dilakukan supaya keadilan asasi dapat ditegaskan dan penilaian yang berkecuali dibuat ke atas pegawai-pegawai yang berada di pool. Kini terdapat lebih kurang 40 orang pegawai-pegawai kanan di tempatkan di pool dan ada juga yang telah berada di situ selama 2 hingga 3 tahun.

YB Tenggara berpendapat bahawa eloklah kedudukan pegawai-pegawai pool ini dilihat secara individu disamping menggunakan potensi mereka untuk terus menyumbang kepada rakyat dan negara. Beliau memberi tahu Parlimen bahawa adalah tidak wajar melihat pegawai-pegawai di pool secara rambang kerana majoriti pegawai-pegawai ini telah banyak berjasa kepada rakyat dan negara selama berkhidmat 25 tahun. YB juga mencadangkan pegawai pool yang ada sekarang ini ditempatkan di jabatan-jabatan sesuai demi kepentingan rakyat seperti di Tekun, Mara, Risda, Felcra dan lain-lain agensi dan jabatan kerajaan termasuklah LPKP.

Pemerhati berpendapat syor YAB PM yang disokong oleh YB Tenggara di Parlimen perlu diberi perhatian oleh pihak berwajib supaya pegawai-pegawai ini dapat terus memberi khidmat kepada rakyat dan negara. Didapati bahawa ramai daripada mereka ini adalah dari gred JUSA dan adalah tidak wajar mereka terus berada di pool sehingga bersara wajib.



No comments: