Oleh: MM
Apa yang diputarbelitkan oleh pembangkang terhadap PKFZ?
Di Dewan Parlimen, pembangkang telah mengemukakan 108 soalan-soalan mengenai PKFZ. Daripada jumlah ini, 4 adalah komen biasa, 9 soalan sempit yang tidak perlu dijawab dan 12 isu sesuai dan diulangi. Mereka mengemukakan soalan-soalan rambang umpama tembak ayam tertembak itik. Ini adalah lazim dalam parlimen dan Kerajaan tidak gentar dengan hujah-hujah yang bertujuan mencari publisiti murahan dan memesong minda rakyat.
Kenapa PKFZ diperlukan?
PKFZ (Port Klang Free Zone) atau Zon Bebas Pelabuhan Klang diwujudkan pada tahun 1993 sebagai hub transhipment di rantau ini. Hub ini penting diwujudkan supaya Port Klang akan menjadi tarikan kepada kapal besar untuk singgah berasaskan strategi yang disebut dalam
· Insfrastruktur asas dan tanah dipajak 10-30 tahun sebanyak 780 ekar;
· Perhotelan;
· Pusat Komersial;
· Industri Ringan;
· Pusat Pameran; dan
· Pejabat PKFZ.
Adakah PKFZ berjaya setakat ini?
Sebanyak 56 syarikat telah membuat perlaburan bernilai RM 1 billion. 14% dari kawasan telah disewakan. SIMS Copper (India) telah bersetuju untuk melabur sebanyak RM100 milion dan PKFZ telah pun menerima akreditasi daripada London Metal Exchange (LME).
Benarkah projek PKFZ ini tidak berjalan dengan lancarnya?
Projek ini menarik minat rakyat apabila ia dapati tidak dapat menepati seperti yang diharapkan. Malahan, kos projek ini telah meningkat daripada RM1.957 billion kepada RM3.522 billion. Harga tanah yang dinilai oleh Jabatan Penilaian Dan Perkhidmatan Harta (JPPH) pada Ogos 2001, adalah RM 10.16 psf. Ini bermakna harga keseluruhan tanah adalah RM422 million.
Tanah ini tidak dapat dipindah kepada Kerajaan mengikut Land Acquisition Act 3 (1) (b) kerana tanah ini sudah pun mempunyai status untuk pembangunan Kerajaan. Justeru itu, Kerajaan mengambil keputusan untuk membeli tanah ini dengan nilai tambah sebanyak RM25 psf termasuk kos kerja-kerja insfrastruktur dan seklamasi . Jumlah besarnya menjadi RM1.088 billion. Kelancaran projek terjejas apabila lembaga PKFZ tidak mempunyai cukup dana untuk membiayai projek ini.
Apa yang sebenarnya berlaku?
PKFZ adalah satu projek mega yang mempunyai liku-liku dan cabaran-cabarannya. PKFZ memang strategik tetapi pelaksanaannya dicemarkan oleh keputusan-keputusan yang tidak baik. Peningkatan kos juga berlaku tanpa pengetahuan Kerajaan Pusat. PKFZ juga tidak menepati arahan-arahan dan prosedur-prosedur yang ditetapkan dan kos projek melebihi keuntungan yang dijangkakan.
Apa yang perlu dilakukan?
Projek perlu diteruskan berlandaskan objektif-objektif asal. Bagi tujuan itu, segala kesilapan perlu didedah dan diperbetulkan. Sebahagian kos yang terlibat dikembalikan melalui proses undang-undang. Segala tohmahan dan tipudaya pihak pembangkang ditangkis.
Apakah tindakan Kerajaan?
Kementerian Pengangkutan mewujudkan Pasukan Petugas Khas untuk membantu Port Authority Klang (PKA) dan mengesyorkan langkah-langkah dari segi perundangan dan pengstukturan dana. Datuk Paul Low Sengkuan, Presiden Transparency International Malaysia mengetuai satu jawatankuasa memastikan kesilapan-kesilapan seperti di hapuskan dan tidak berulang lagi. Sementara itu, PKFZ perlu mengukuhkan pengurusan dan pemasarannya agar lebih kreatif serta inovatif untuk menarik ramai lagi pelabur-pelabur.
No comments:
Post a Comment