Tuesday, March 1, 2011

Calon BN DUN Merlimau Berintegriti


Oleh MM

Hari mengundi makin hampir iaitu pada 6 Mac 2011 dan pengundi-pengundi perlu bersedia untuk menjalankan tanggungjawab masing-masing dalam memilih calon mereka pada hari itu. Rata-rata calon BN, Roslan Datuk Ahmad kini sudah mendahului calon PAS yang menghadapi kekangan-kekangan peribadi. WAlaupun calon PAS ini bertanding di DUN Merlimau, tetapi beliau tidak boleh mengundi kerana mempunyai alamat di kawasan lain. Ini bermakna PAS sudah kehilangan 1 undi dan mungkin banyak lag.

Calon BN pula adalah anak tempatan dan beliau mempunyai stamina dan iltizam tinggi untuk memimpin rakyat dalam DUN Merlimau. Beliau dikenali ramai sehingga ke peringkat akar umbi dan ini merupakan satu aset kepada keperibadian beliau.

Pengundi perlu menbezakan di antara mutu dan manikam. Wira percaya bahawa rakyat Merlimau mempunyai pendedahan luas dan pasti akan memilih calon yang boleh dipertanggungjawabkan untuk meningkatkan taraf hidup kehidupan dan kebajikan mereka. Berteraskan Gagasan 1 Malaysia, "Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan". Roslan bin Datuk Ahmad menepati ciri-ciri ini dan janganlah disangsikan kebolehan beliau untuk mewakili rakyat DUN Merlimau di dalam Dewan Undangan Negeri Melaka yang akan memulakan persidangan pertama pertengahan Mac 2011.

Adalah dinasihatkan tuan-tuan dan puan-puan keluar beramai-ramai untuk mengundi Barisan Nasional yang mempunyai rekod kepimpinan cemerlang di damping berjaya meningkatkan kehidupan rakyat sejak merdeka lagi.

No comments: