Oleh MM
Semenjak hari pencalonan pada 26 Feb 2011 di Merlimau, DUN ini telah menjadi tumpuan oleh pemimpin-pemimpin parti-parti komponen BN dan juga pembangkang. Fenomena ini bukanlah suatu perkara yang baru, namun ia adalah sesuatu petanda baik bahawa demokrasi di Malaysia adalah segar dan sentiasa hidup. Pemerhati-pemerhati politik tempatan dan juga antarabangsa memang mempunyai persepsi positif terhadap perjalanan dan nada politik Malaysia sejak ia merdeka lagi pada tahun 1957.
Setakat ini Malaysia telah memilih 6 Perdana Menteri untuk memimpin Malaysia dengan aman dan sentosa. Ini satu lagi bukti bahawa demokrasi yang diamalkan secara berparlimen diterima oleh seluruh rakyat Malaysia, tanpa mengira bangsa, agama dan budaya.
Pembangkang turun berduyun-duyun ke DUN Merlimau untuk menjaja seperti saudagar menjual ubat kepada masyarakat setempat. Isu-isu yang diwar-warkan oleh mereka adalah isu-isu lapuk telah dijual pun di dalam 15 PRK sebelum ini. Rata-rata rakyat sudah bosan dengan tipu daya yang dilakonkan oleh pembangkang termasuklah ahli-ahli parlimen dari Permatang Pauh, Ipoh Timur dan lain-lain. Mereka cuba mengaburi dan memesongkan minda rakyat supaya membenci kerajaan BN yang telahpun menonjolkan pembangunan yang begitu banyak di Malaysia.
Wira menyeru pembangkang-pembangkang berfikir 2 kali apabila berkempen di DUN Merlimau atau DUN Kerdau kerana rakyat sudahpun membuka mata dan faham tentang taktik-taktik kotor yang dimainkan oleh pembangkang. Kepada pengundi-pengundi DUN Merlimau, pilihlah Barisan Nasional dan calonnya, Roslan bin Datuk Ahmad, yang berazam membawa pembangunan pesat kepada Merlimau khususnya, Melaka amnya.

No comments:
Post a Comment