Monday, July 11, 2011

PERHIMPUNAN HARAM GAGAL MEMPERDAYAKAN PELAJAR-PELAJAR


oleh MM


Demi menjaga keselamatan dan ketenteraman awam pihak PDRM telah mengambil tindakan supaya demo ini tidak merebak dan boleh mengugatkan keselamatan warga kota KL. Pemerhati-pemerhati politik berpendapat bahawa PDRM telah menjalankan tugas mereka dengan teratur dan profesional. Tiada insiden-insiden buruk telah berlaku dalam proses melaksanakan tugas mereka. Malah ramai yang memuji tentang prestasi positif pihak PDRM dalam menangani himpunan haram ini pada 9 Julai 2011.


Polis telah menahan seramai 1,667 orang yang terlibat dalam demonstrasi ini tidak mengira sama ada mereka adalah dari kelompok PR, UMNO atau komponen BN yang lain. Mereka ini ditahan dan ini melibatkan ketua-ketua PR dan juga mereka-mereka daripada PATRIOT.
Dari maklumat yang diperolehi selain daripada pemimpin-pemimpin PR dan BN yang berdemo, terdapat juga pengikut-pengikut yang telah dibayar dan juga tertipu oleh mereka-mereka puak PR. Mereka ini adalah orang-orang awam biasa.


Laporan dari sumber-sumber tertentu menunjukkan bahawa PR telah gagal untuk membawa pelajar-pelajar IPTA dan IPTS keluar dari kampus dan percutian mereka menyertai aktiviti jahat dan tidak bertanggungjawab ini. Kegagalan menarik pelajar untuk berdemonstrasi menunjukkan bahawa pihak berwajib termasuk Kementerian Pengajian Tinggi adalah berkesan dalam penjelasan mengenai isu-isu semasa dan sekali gus meminta mereka ini memberi penumpuan khusus kepada pelajaran dan mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan masing-masing. Ini menunjukkan bahawa pelajar-pelajar tidak mudah terpedaya dengan nafsu jahat puak pembangkang yang diketuai oleh MP Permatang Pauh.

Wira berpendapat bahawa demonstrasi ini menghadapi kehambaran kerana kaum muda terutamanya pelajar-pelajar telah menjauhkan diri mereka daripada anasir-anasir yang tidak berkepentingan.

No comments: