Monday, July 11, 2011

GOLONGAN MUDA DAN PELAJAR PENGAJIAN TINGGI MENOLAK PERHIMPUNAN BERSISH 2.0

oleh M.PERRY


Perhimpunan haram yang dianjurkan oleh BERSIH 2.0 yang bermotifkan politik hanya didapati menarik ahli-ahli parti PAS dan segelintir penyokong-penyokong parti pakatan pembangkang . Adalah dijangkakan hampir 90 % orang yang hadir perhimpunan haram pada 9 hb Julai 2011 adalah penyokong PAS dari negeri Kelantan dan Terengganu. Pelajar-pelajar universiti atau pengajian tinggi yang diwar-warkan akan hadir ramai-ramai oleh BERSIH tidak menjadi kenyataan kerana mereka TIDAK LAGI BERSAMA KUMPULAN YANG MEMERIPKAN DEMONSTRASI PERJALANAN SEPERTI DAHULUKALA. Kementerian Pengajian Tinggi Berjaya memantau dan mengubah pemikiran pelajar-pelajar supaya tidak berikut-ikut dengan budaya demonstrasi perjalanan malah lebih menumpukan kepada pendidikan masing-masing. Syabas kepada Menteri Kementerian Pelajaran Tinggi dan seluruh anggota Jabatan pelajaran Tinggi.


Pada keseluruhanya, muslihat bersih 2.0 menganjurkan perhimpunan kononnya untuk menambah baik sistem pilihan raya di malaysia telah terbongkar apabila kebanyakan NGO-NGO tidak menyertai dalam perhimpunan haram tersebut. Apa yang rakyat dapat disaksikan adalah DS Anwar Ibrahim yang kini mengahadapi pelbagai skandal termasuk seks dan kepincangan dalam parti nya, cuba mengkudakan Perhimpunan BERSIH untuk mengalihkan pandangan dan tumpuan orang ramai.


Sehubungan ini, pendirian terbuka dan terus ingin bermesyuarah untuk menambah baik system SPR yang ditunjukkan oleh YAB Dato Seri Mohd.Najib Tun Razak, selaku Perdana Menteri, di sambut baik oleh segenap golongan masyarakat Malaysia, terumatanya rakyat yang inginkan Malaysia terus aman, maju dan bersatu. Agenda politik yang dimajukan oleh BERSIH 2.0 didapati mudah dipatahkan oleh kerajaan dengan sokongan padu rakyat yang terdiri daripada pelbagai kaum.

No comments: