Tuesday, January 5, 2010

ORANG MELAYU KELANTAN SUKA BUKAN MELAYU MENJADI MB KELANTAN?

Oleh : MM

Tok Guru menampilkan lagi satu sergahan kepada rakyat Kelantan dimana Kelantan sedia meminda undang-undang Tubuh Negeri memberi peluang kepada orang bukan Melayu berugama Islam menjadi Menteri Besar. Beliau berpendapat bahawa langkah itu adalah Islamik yang tidak memandangkan bangsa lain dalam memilih pemimpin sebaliknya mengutamakan merit. Ini merupakan satu perkara yang biasa di Kelantan kerana orang-orang Kelantan juga berasal dari Thailand dan ada juga dari Komboja. Mereka ini seolah-olah seperti pendatang dan dengan itu mempunyai sentimen politik terbuka.

Apa yang Tok Guru perlu buat sekarang ialah meminda undang-undang ini dan buatlah apa yang sesuai dengan segera supaya apa yang beliau hasratkan dapat dicapai dalam jangka hayat beliau di Kelantan. Kita menunggu saat ini dan harap-harap orang Melayu Kelantan mempunyai pendirian terbuka dan tidak berkecil hati kerana mereka mungkin tidak mempunyai kelayakan dan akhlak sesuai untuk memimpin Kelantan. Kepada orang-orang Melayu Kelantan kita ucapkan bersabar dan terus bekerja keras bagi membuktikan mereka mempunyai kewibawaan seperti apa yang tanda araskan oleh Tok Guru.

Wira berpendapat bahawa sergahan-sergahan tidak menentu itu adalah tanpa perancangan oleh MB Negeri Kelantan. Beliau mungkin mempunyai agenda yang lebih luas untuk cuba memerangkap sesiapa yang cuba menidakkan cadangan. Cadangan Tok Guru adalah satu lagi diversi untuk melarikan pandangan rakyat daripada isu-isu kritikal dalam tubuh parti PAS itu sendiri. Sergahan ini adalah satu amaran kepada pemimpin-pemimpin PAS yang mempunyai niat untuk mengganti atau mengulingkan beliau dalam dekad mulai 2010.

Adalah dicadangkan kita tunggu dan lihat. Jangan gusar dengan sergahan-sergahan baru yang akan nunkilkan oleh Tok Guru dalam 2010 bertujuan untuk mempertahankan kedudukan beliau sebagai MB dan jaguhan PAS.



BUKALAH MATA SELUAS-LUASNYA....... PEMBANGKANG SUSUN TAKTIK NEGATIF (2010-2013)

Oleh : MM

Pada 2010, pembangkang akan cuba mencari kesalahan BN dan menuduh yang bukan-bukan. Itulah kerja mereka tiap-tiap hari. Ia adalah satu S.O.P tiap pembangkang di Parlimen dan di DUN. KPI mereka adalah mencari isu dan jika tiada isu, maka buat isu baik di Parlimen, luar Parlimen, ceramah-ceramah dalam akhbar-akhbar nyamuk dan juga blog-blog. Mereka berniat menghakiskan keyakian pengundi-pengundi supaya membenci kerajaan BN walaupun kerajaan BN telah berjaya menzahirkan keamanan, keharmonian dan kestabilan negara demi rakyat.

Kerja-kerja pembangkan ini hanya mencari kesalahan dan justeru menyerang tanpa kira samada betul atau tidak. Kerja-kerja seperti ini tidak boleh di had-hadkan kerana mereka diarah untuk membuat demikian oleh pemimpin-peminpin masing-masing.

Rakyat perlu sedar bahawa taktik pembangkang ini adalah bukan baru hanya isu sahaja yang berbeza. Kita janglah mudah terpedaya dengan dakyah, fitnah dan pembohongan pembangkang pada 2010 dan seterusnya. Mereka ini fanatik mencari isu dan memerangkap sasaran-sasaran tanpa mengira kesukaran yang akan dihadapi oleh rakyat. Nafsu untuk berbohong dan menabur perasaan kepada rakyat dijangka berterusan supaya membenci kerajaan. Rakyat perlu waspada dan justeru menolak pembohongan-pembohongan dibuat untuk menonjolkan kepentingan mereka.

Wira berpendapat 2010 akan bermulanya fasa 2 kerja-kerja fitnah pembangkang sehinggalah Pilihan Raya Umum 2013. Kini mereka sedang sibuk bergerak di Sabah dan Sarawak untuk memecah-belahkan rakyat–rakyat tempatan di situ. Mereka menggunakan apa cara untuk memporak-perandakan demokrasi hanya untuk mencapai niat-niat jahat mereka. Mereka ini seperti kejadian-kejadian yang terdapat di hutan, suka melompat-melompat, memanjat pokok, berselindung dan membuat sesuatu secara curi-curi. Perbuatan yang tidak segan silu ini perlu didedahkan supaya rakyat tidak tertipu. Aktiviti pembangkang ini tidak terhad sahaja di Malaysia malah mereka akan menggunakan pihak-pihak di negara-negara ketiga untuk menabur fitnah dan mengelirukan rakyat.

Wira ingin mengucapkan tahniah kepada pihak berkuasa termasuk PDRM dan lain-lain agensi yang bersifat tegas terhadap mana-mana pihak yang membuat sesuatu yang bertentangan dengan undang-undang negara. Tindakan seperti ini perlu diteruskan pada dekad ini mulai 2010. Lihat di Thailand dimana mantan PM, Thaksin terus menggangu-gugat kerajaan dan juga Raja di Thailand. Ini satu contoh pembangkang yang tidak bijak. Perkara seperti ini boleh menular di negara-negara jiran termasuk di Kemboja, Indonesia, Filipina dan Malaysia.
Bukalah mata seluas-luasnya terhadap niat jahat pembangkang yang mementingkan diri sendiri daripada kepentingan rakyat dan negara.

MP-MP PEMBANGKANG TERCUNGGAP-CUNGGAP DI PARLIMEN

Oleh : MM

Apa yang berlaku di Parlimen baru-baru ini dimana Barisan Nasional berjaya mendapat lebihan 3 undi untuk meluluskan Baget 2010, mempunyai reaksi yang bercampur-campur. Namun kerajaan mengambil berat dalam hal ini dan kabinet telah mengeluarkan satu arahan kepada semua MP-MP Barisan supaya tidak mengambil cuti semasa sesi Parlimen mulai 2010. Tindakan kerajaan ini merupakan amaran kepada MP-MP BN memberi penumpuan penuh pada tugas masing-masing sebagai MP dan tidaklah membuat sesuatu yang boleh menggugat kepentingan Barisan Nasional dan kerajaan yang diterajuinya sekarang.

MP-MP pembangkang mengambil peluang dari episod ini untuk mencaci MP-MP Barisan Nasional. Mereka dengan megahnya terus bercakap bukan-bukan dan tanpa disedari bahawa MP-MP pembangkang pun ada yang tiada dalam dewan semasa mengundi. Mereka ini memang oportunis dan tidak akan berhenti di situ saja malah akan terus mengutuk kerajaan di dalam dan di luar dewan. MP-MP ini pun tiada modal lagi dan apa yang ada hanyalah kesukaan mencaci.

Wira berpendapat bahawa BN tetap kental dan apa yang berlaku di dalam dewan itu tidak perlu heboh-hebohkan lagi. Ia sepatutnya memberi semangat untuk MP BN bekerja keras lagi demi menjamin BN terus berkuasa pada Pilihan Raya Umum yang akan datang nanti.

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN 2010

Oleh : MM

Wira mengucapkan kepada semua peminat-peminatnya Selamat Menyambut Tahun Baru 2010 dan menyeru supaya terus menatapi Wira pada tahun baru ini. Selamat Tahun Baru 2010.

ALFATIHAH UNTUK PAK GUS DUR

Oleh : MM

Wira mengucapkan takziah kepada keluarga Yang Terhormat Almarhum Abdurrahman Wahid atau Pak Gus Dur, mantan Presiden Indonesia yang telah meninggal dunia pada 30 Disember 2009. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh beliau yang telah banyak berjasa kepada bangsa Islam dan negara Indonesia. Alfatihah......