Isu yang menjadi Malaysia sasaran pihak tertentu di Jakarta adalah sesuatu yang tidak patut timbul. Ini tidak melibatkan unsur-unsur yang membahayakan kedua-dua negara tetapi yang paling aneh ketegangan yang berlaku sekarang adalah sekitar masalah tarian Bali bernama Pendet. Mereka menuduh secara melulu bahawa Malaysia mencuri satu aspek dari kebudayaannya. Mereka mengatakan bahawa ini bukanlah kali pertama Malaysia berbuat demikian kerana Malaysia banyak juga menggunakan lagu-lagunya.
Tetapi Malaysia pernah mengeluarkan satu lagu bernama Isabella oleh Amy Search yang menjadi top hit di kalangan rakyatnya. Aneh jua lagu ini yang sangat popular juga di Indonesia sehingga telah dianggap ia berasal dari Indonesia. Namun ia bukanlah suatu yang menjadi kontroversi kerana ia popular dan seterusnya mendapat rangsangan komersial bagi peminat-peminat di kedua-dua negara.
Pihak media di Indonesia merupakan punca kepada isu Pendet ini. Di kaca televisyen Indonesia, cerdik pandai, saintis-saintis politik mereka membuat berbagai-bagai hujah di samping mengutuk Malaysia yang tidak berdosa. Kenapa ini berlaku? Adakah Indonesia sedang menghadapi masalah dalaman termasuk jumlah besar pengundi-pengundi Indonesia kecewa apabila idola-idola mereka seperti Megawati dan Yusof Kalla tewas dalam pilihan raya Presiden baru-baru ini? Apakah mereka tak bersetuju dengan cara Presiden Susilo memenangi pilihan raya Presiden di samping menganggap Susilo adalah seorang Presiden yang lemah?
Persoalan-persoalan ini menjadi tanda tanya di mana penyokong-penyokong Presiden Susilo tidak dapat memberi jawapan selain daripada mencari helah atau diversi tertentu untuk menyalurkan kemarahan rakyat Indonesia terhadap Presiden Susilo. Maka dalam hubungan ini Malaysia Bashing merupakan satu jalan keluar yang paling cocok untuk menampung kemarahan rakyat terhadap Pak Presiden baru. Cara begini pernah dibuat oleh Presiden Sukarno apabila beliau menghadapi tekanan-tekanan dalaman yang disemarakkan oleh Parti Komunis Indonesia (PKI) 40 tahun dahulu, dengan mudah menjadikan Malaysia sebagai sasaran. Beliau yang pakar pidato telah berjaya menaikkan kemarahan rakyat yang ditujukan kepada Malaysia. Tetapi program khusus Sukarno digagalkan oleh kerana ada pihak-pihak tertentu di Jakarta yang tidak setuju dengan perjuangan kosong Sukarno masa itu.
Pemerhati berpendapat bahawa perkara Pendet ini eloklah dipendekkan dan janganlah diperbesar-besarkan oleh pihak media Indonesia kerana ia akan hanya merugikan Indonesia dari segi jangka pendek. Malaysia tetap tabah dan tidak akan berbuat sesuatu luar biasa tetapi hanya bergerak dalam ruang lingkup diplomasi bagi mempastikan hubungan Kualal Lumpur - Jakarta terus mantap tanpa ganggu gugat. Negara ketiga suka Malaysia - Indonesia bercakaran supaya ia mendapat keuntungan apabila ini berlaku.
Apa yang dilakukan oleh pemimpin kita yang sangat berhati-hati tetapi penuh keprihatinan sangat dialu-alukan. Mudah-mudahan dengan cara ini dan seterusnya apabila lawatan Pak Presiden ke Kuala Lumpur berlaku pada Oktober akan datang, perhubungan Malaysia - Indonesia menjadi lebih kukuh dari dahulu.
1 comment:
Salam. .
Sejak dulu lagi bila timbul satu isu wlaupn isu kecil indon nie akan terus lanyak 'ganyang'malaysia secara besar besaran. .Mereka langsung tidak menghormati malaysia walaupn malaysia dah cukup berbuat baik dgn indon..
Tapi walaupn apa cacian indon kpd malaysia. .kita pula di pihak malaysia masih berlembut.. Dayus kah kita?? Kita saja yg terhegeh hegeh. Dgn indnn nie.Tak heran lah mereka keluar dan masuk malaysia ikut suka hati saja mcm malaysia ini bapak dorg punya. .
Sudah tiba masanya kita bertegas tunjuk kan sebagai negara merdeka dan berdaulat..
Indon keparat yg ada di malaysia ini sepatutnya di 'sweeping' dan di lempar ke selat melaka saja. .org yg tidak tahu bersyukur dan berterimah kasih dan hanya pandai bersifat bongkak ini lebih hina dari babi. ..
Sudah tiba masanya kita tunjukkan ketegasan dan jgn bertolak ansur lagi. . Sweeping dan halau semua warga indon hina babi ini keluar dari bumi malaysia . .
Post a Comment