Friday, August 22, 2008

TAKTIK JAKARTA AMIEN RAIS MENAKUTKAN PENGUNDI DI PERMATANG PAUH

Oleh: Pemikir Negara

Amien Rais dari Indonesia sibuk mahu datang membantu Anwar Ibrahim mahu membantu Komrad Anwar Ibrahim di Permatang Pauh. Beliau ini mengepalai kegiatan-kegiatan jahat reformasi untuk terus memperdaya pengikut-pengikutnya supaya dapat merampas kuasa. Beliau yang telah pun berusia sepatutnya menghentikan bertindak demikian kerana ia tidak membawa faedah kepada rakyat Indonesia yang mgahukan pembangunan.

Kini Amien Rais fikir Malaysia itu sama seperti Indonesia. Beliau benar-benar tidak faham demografi dan politik Malaysia yang ke arah mencapai taraf negara membangun. Beliau ini mudah memakan umpan kotor yang dipasang oleh Anwar Ibrahim. Ini sungguh membingungkan rakyat Malaysia yang berbilang bangsa.

Orang-orang Cina , India dan juga sebilangan besar Melayu perlu mengenali Amien Rais, seorang Wahabi yang rakus dan lapar pada kuasa. Beliau ini sanggup memporak perandakan kehidupan rakyat Indonesia dengan agitprop songsang di kalangan berjuta-juta penyokong-penyokong untuk menjatuhkan rejim sah. Sebagai agen Amerika, CIA dan MOSSAD (Israel) beliau berniat untuk jatuhkan kerajaan dan menjadi Presiden

Anwar dan rakan-rakannya menggunakan Amien Rais untuk membuat reformasi di Kuala Lumpur pula. Taktik yang digunakan adalah serupa iaitu mengapi-apikan muda-mudi PKR untuk berdemonstrasi dan sekaligus mewujudkan huru-hara yang boleh mencetuskan pergaduhan ras, Melayu lawan Cina. Ini adalah satu gejala merbahaya dan perlu di bendung.

Orang-orang Cina dan India mesti ingat bahawa Amien Rais dan Anwar Ibrahim menggunakan ras untuk menghancurkan Malaysia dan aspirasi Kerajaan untuk menhukuhkan perpaduan. Mereka perlu menolak pemimpin seperti Anwar yang tidak berniat baik.

Di Permatang Pauh, taktik Amien Rais untuk membawa kacau bilau kepada kawasan dan pengund-pengundi di Penanti, Permatang Pasir dan Seberang Jaya sudah kelihatan. PKR menggunakan samseng-samseng untuk menakut-nakutkan warga dan pengundi Permatang Pauh.

Eloklah pihak keselamatan ambil berat terhadap samseng-samseng di Permatang Pauh.

No comments: