Thursday, August 21, 2008

ORANG ATAS PAGAR TOLAK TAKTIK GANAS PKR

Oleh Pemikir Negara

Tindakan PKR membawa "orang luar" terutama dari Wilayah Persekutuan untuk membantu mereka di PRK Permatang Pauh telah mendatangkan masalah kepada mereka terutama menimbulkan kebencian kepada pengundi di kawasan itu.

Ini kerana "orang luar" ini tidak tahu budaya berbaik-baik orang Permatang Pauh sebaliknya berusaha membuat kecoh di sana sini terutama untuk menakut-nakutkan penduduk PP agar tidak memilih calon BN.

Tindakan agresif dan ganas itu mencerminkan PKR sebenarnya yang telah menyebabkan penduduk Permatang Pauh terutama yang di atas pagar tidak bersetuju dengan pendekatan yang digunakan sehingga menakutkan penduduk setempat.

Antara perkara yang dilakukan oleh kumpulan "orang luar" ini ialah membawa motosikal laju dan membunyikan hon mereka di kawasan perumahan. Mereka juga turut berada di kawasan ceramah BN dan berusaha untuk mengalihkan pandangan orang ramai ke arah mereka.

Penduduk di atas pagar kini lebih rela kehidupan mereka seperti biasa daripada diganggu oleh kumpulan orang luar. Mereka menganggap tindakan PKR itu sebenarnya "membunuh diri" mereka sendiri kerana pengundi Permatang Pauh akan menolak tindakan ganas yang tidak sesuai dengan budaya di kawasan itu.

No comments: