Thursday, August 21, 2008

BERANINYA KHALEED.....

Oleh: PutriMalaysia

Bersatu kita pelajar UiTM
Kita bangsa perkasa
Taat dan setia ku untuk negara
Penuh semangat waja

Kita… jangan mudah terlupa
pengorbanan, perjuangan anak bangsa

Kita… jangan mudah terleka
kemajuan, keamanan yang ada

Kita… berterima kasih
pada pemimpin-pemimpin negara

Kita… rasa penuh bersyukur
kerahmatan, kemuliaan darinya

Kamilah pendokong, pewaris bangsa
Kamilah pendaulat, bangsa Malaysia
Kamilah pelajar berwawasan

UNTUK NEGARAKU.


Ini adalah bait-bait lirik lagu wawasan setia pelajar yang satu masa dulu pernah putri nyanyikan sewaktu konvokesyen.Sebagai alumni pelajar UiTM Putri agak terkilan dengan tindakan Menteri Besar selangor tentang isu buka 10% kuota kepada bukan bumiputera.

Hanya Universiti inilah yang ada untuk kaum bumiputera kita. Kenapa pula itu pun nak di rampas sedangkan beliau sendiri adalah kaum Melayu. Putri tak faham dengan apa yang cuba dilakukan. Bukankah banyak lagi IPTA dan IPTS yang lain yang banyak bagi peluang kepada bukan bumiputera untuk belajar. Rasanya tak perlulah putri nak listkan di sini. Takut tak muat pulak ruang blog yang kecik ni....

Pulak dah,sekarang MB Selangor ni dengan beraninya bagi green light kepada UiTM untuk ambil tindakan mahkamah dan masih tetap dengan pendiriannnya berhubung isu itu. Sudahlah YB hentikanlah. Tindakan ini hanya merugikan bangsa sendiri. Jadi balik lah ke pangkal jalan.

No comments: