Friday, August 22, 2008

RAMAI TANYA MENGAPA ANWAR TIDAK BERSUMPAH

Oleh Awang Selamat

Pendirian Penasihat Parti Keadilan (PKR), Anwar Ibrahim enggan melakukan sumpah laknat dalam isu kes liwat, menjadi bualan hangat sekarang.

Semakin ramai musykil mengapa Anwar yang mendakwa di pihak yang benar, tidak berani bersumpah laknat sebagaimana dilakukan oleh pengadu, Mohd. Saiful Bukhari.

Sebaliknya beliau terus memberikan pelbagai alasan yang meragukan.
Walaupun Anwar telah melakukan tuntutan qazaf di Mahkamah Syariah, ia bukan alasan untuk beliau mengelak daripada bersumpah demi membersihkan namanya.

Itulah pandangan orang ramai dan banyak pihak meliputi ulama, mufti, negarawan, ahli akademik, pemimpin politik termasuk dari pembangkang antaranya Pemuda Pas Selangor.
Setakat ini, Anwar hanya berani menempelak tindakan Saiful yang telah bersumpah atas nama Allah mengikut syariat Islam.

Awang harap dalam keadaan beliau tiada keyakinan untuk melakukan sumpah laknat, janganlah pula memperlekehkan tindakan Saiful.
Anwar sepatutnya faham bahawa tiada siapa boleh mempermainkan soal sumpah laknat biarpun dilakukan oleh rakyat biasa, yang juga punya hak menuntut keadilan dan kebenaran dengan cara sedemikian.

Awang – Sekadar mengingatkan.

No comments: