Wednesday, August 20, 2008

ANWAR TIDAK LAYAK MENJADI PERDANA MENTERI

Sikap Anwar tidak konsisten dalam semua tindakannya sejak dulu, kini dan selama-lamanya. Suka berbohong bermula sejak zaman persekolahan. Di pusat pengajian tinggi semasa menjadi pemimpin Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dalam kerajaan. Dulu, kini dan selama-lamanya juga akan berbohong, beratus-ratus kali berbohong kepada diri, keluarga, masyarakat dan negara.

Di zaman remaja, berbohong kepada para pelajar di mana beliau mengajak rakan-rakan keluar beramai-ramai ke jalan raya untuk berdemonstrasi di Baling menentang kenaikan harga padi. Justeru, ramai rakan-rakan beliau ketika itu ditangkap di bawah ISA. Semasa dalam kerajaan beliau sanggup berbohong kepada ketuanya (Perdana Menteri) dan membocor rahsia-rahsia kerajaan kepada Amerika Syarikat bagi tujuan kepentingan diri dan populariti.

Justeru, beliau disayangi oleh Presiden Amerika Syarikat sehingga memberi karpet merah semasa lawatan beliau ke Amerika Syarikat. Pada tahun 1997, beliau telah melakukan perkara yang tidak bermoral lalu dipecat dan seterusnya dimasukkan ke dalam penjara. Semasa dalam penjara beliau berbohong kepada rakyat bahawa diberi layanan seperti banduan tetapi yang sebenarnya di dalam biliknya disediakan segala kemudahan seperti televisyen, tilam, penghawa dingin, telefon dan sebagainya manakala makanan beliau ditempah khusus daripada hotel 5 bintang bukannya makan makanan yang disediakan kepada banduan.

Semasa dalam tahanan juga beliau mengatakan disuntik dengan suntikan yang boleh memusnahkan tubuh badannya termasuk rambutnya. Selain itu, beliau juga mengatakan telah disuntik oleh sejenis dadah bagi menamatkan riwayat hidupnya. Tetapi, semuanya itu bohong belaka sehingga hari ini masih hidup bermaharajalela.

Baru-baru ini sekali lagi, beliau menafikan sekeras-kerasnya berhubung dengan sumpah Saiful, malah ia mengatakan itu merupakan konspirasi politik untuk menjatuhkan air muka beliau. Selain itu, beliau mengatakan akan dituduh di mahkamah dan seterusnya dipenjarakan bagi menghalang beliau untuk bertanding dalam pilihnaraya kecil di Parlimen Permatang Pauh tetapi kenyataannya juga bohong belaka.

Sebelum ini, kerap kali kita dengar beliau mengumumkan akan bertanding di Parlimen Bandar Tun Abdul Razak, Bandar Baru Kulim Kedah dan Parlimen Gombak. Semuanya itu bohong belaka. Akhirnya beliau memaksa isteri beliau sendiri, Dr. Azizah meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen di Permatang Pauh bagi membolehkannya untuk bertanding sebagai Ahli Parlimen.

Dua hari lepas dalam ceramahnya menyatakan kita akan menubuh sebuah kerajaan baru bagi menggantikan kerajaan yang sedia ada mulai 16 September. Ini juga merupakan pembohongan besar kerana ia tidak akan menjadi kenyataan kerana di dalam Bulan Ramadhan Parlimen tidak bersidang. Bagaimana beliau dapat mengemukakan undi tidak percaya kepada Parlimen? Inilah dia kebohongan ANWAR IBRAHIM SEJAK DULU, KINI DAN SELAMA-LAMANYA.

No comments: