Dalam ekonomi dunia yang menghadapi pelbagai cabaran, tiap negara akan mengalami impak daripada pergolakan itu. Negara-negara ASEAN termasuk Malaysia, Thailand, Laos tidak terkecuali dalam hal ini. Perlu kita kenal pasti elemen-elemen yang membawa kepada peningkatan harga komoditi makanan supaya kita tidak mudah dikelirukan oleh dakyah-dakyah yang tidak berkepentingan.
Antara faktor peningkatan harga komoditi makanan dunia adalah kerana populasi dunia dianggarkan meningkat sebanyak 4% setahun, akan tetapi kapasiti pengeluaran makanan hanya meningkat 1-2% setahun.
Selain itu, faktor cuaca yang tidak menentu juga menyumbang kepada peningkatan harga komoditi global. Selain keadaan cuaca, peningkatan perdagangan global telah meningkatkan permintaan pengguna dan menyebabkan peningkatan terhadap kegunaan tenaga dan komoditi, disebabkan permintaan yang tinggi dan pengeluaran tidak dapat menampung permintaan maka ia meningkatkan harga komoditi. Ketidakstabilan politik juga menyumbang kepada kenaikan harga komoditi global.
Harga gula mentah di pasaran dunia pada 26 Mei 2011 adalah Usc22.59/lb. Harga gula mentah pasaran dunia dalam tren menurun disebabkan oleh penawaran gula yang mencukupi di pasaran dunia.
Harga bijirin gandum di pasaran dunia pada 20 Mei 2011 adalah USD 398/MT. harga bijirin gandum dalam tren menaik disebabkan kekurangan penawaran bahan mentah tersebut di pasaran. Ini disebabkan oleh keadaan cuaca yang tidak menentu di beberapa negara pengeksport bijirin gandum :-
* keadaan cuaca kering di Selatan Amerika
* kemarau di kawasan Eropah Barat yang menyebabkan pengeluaran gandum terjejas
*penanaman gandum di Utara Amerika dan Kanada masih belum dilaksanakan mengikut jadual. Ini akan menyebabkan pengeluaran gandum berkurangan
* Larangan eksport gandum yang dilaksanakan oleh Russia berkuat kuasa 15 Ogos 2010 sehingga 31 Julai 2011
Harga minyak mentah di pasaran dunia pada 26 Mei 2011 adalah USD101/bbl. Harga minyak mentah pasaran dunia dalam tren menaik disebabkan oleh ketidakstabilan politik di negara-negara Timur Tengah (Yaman) dan Afrika Utara (Libya). Ini kerana 1/3 daripada sumber minyak dunia adalah dari negara-negara tersebut.
Pemerhati ekonomi berpendapat bahawa Malaysia mempunyai cukup mekanisme untuk mengawal barang-barang makanan yang penting supaya rakyat tidak dibebankan akibat daripada kenaikan harga komoditi dunia.
Rakyat perlu mengambil perhatian bahawa wujud situasi supply-demand dalam pengurusan komoditi dan juga barang-barang makanan dalam apa-apa keadaan jua kerajaan sentiasa memantau keadaan semasa dan akan memastikan bahawa rakyat sentiasa diberi penjelasan berkaitan perkara ini.
oleh MM