Tuesday, June 24, 2008

TINDAKAN TIDAK PATRIOTIK PAS


(TIDAK PATRIOTIK)

Oleh Pemikir Negara

Saranan MP Shah Alam, Khalid Samad, di Dewan Rakyat semalam agar kerajaan mengamalkan sistem tender terbuka untuk membenarkan syarikat asing mencari minyak di negara ini memaparkan sikap tidak patriotik beliau dan parti yang diwakilinya. Cadangan itu juga memaparkan sikap cetek dan mengutamakan kepentingan jangka pendek.

Sikap itu menunjukkan PKR sanggup membenarkan syarikat-syarikat asing mencari minyak di negara ini seperti yang dilakukan oleh Petronas, semata-mata atas dasar keuntungan dan bukannya untuk kepentingan negara dalam jangka panjang lebih-lebih minyak yang merupakan aset strategik negara.

PKR seharusnya memahami pelbagai kesan negatif sistem terbuka itu yang akhirnya akan "menjual maruah" negara kepada syarikat asing yang sentiasa menerima arahan daripada ketua negara mereka.

Kesan pertama ialah sikap PKR yang mementingkan keuntungan melebihi kepentingan negara itu mampu membuka ruang dan peluang kepada syarikat asing mengaut seluruh keuntungan negara ini. Walaupun dalam jangka pendek memberi keuntungan kepada negara tetapi jika dilihat dalam jangka panjang, negara akan kerugian dalam bentuk keuntungan, modal insan, pembangunan industri huluan dan hiliran, pembentukan usahawan negara, "brain drain" dan keupayaan mendapatkan teknologi baru.

Lebih malang peluang untuk mendapatkan teknologi baru dalam bidang carigali dan penerokaan minyak di dasar laut akan terbantut. Ini sungguh memalukan kerana negara pengeluar minyak tidak mempunyai kepakaran dan kemahiran dalam bidang yang sepatutnya mereka kuasai jika dibenarkan Petronas terus melaksanakannya.

Sebagai syarikat yang mementingkan keuntungan sudah tentu mereka tidak memperdulikan kepentingan strategik Malaysia dalam setiap usaha mereka. Keterbukaan ini akan menjadi lesen kepada mereka untuk bertindak sesuka hati.

Lihatlah apa yang berlaku di Iraq di mana dengan alasan mencari senjata berbahaya membolehkan mereka bertapak untuk menguasai emas hitam di negara Arab itu. Apakah PKR mahu berbaik-baik dengan syarikat asing terutama dari Amerika Syarikat untuk membolehkan mereka menguasai kekayaan di negara ini?

Umum sudah mengetahui bagaimana rakusnya syarikat-syarikat antarabangsa Amerika Syarikat menyusun strategi mereka untuk menguasai perniagaan minyak ini. Ini seperti yang disebutkan oleh bekas Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Henry Kissinger, yang menyatakan, "mereka yang menguasai minyak, akan menguasai dunia" menjadi pendorong kepada mereka untuk bersikap tamak dan rakus.

Khalid dan PKR seharusnya mengetahui bahawa memberi peluang kepada syarikat-syarikat asing ini, ibarat memberi ruang kepada negara asing untuk "masuk" dan "menjajah" negara ini. Inilah penjajahan bentuk baru - penjajahan ekonomi. Sudah tentulah syarikat besar ini akan berusaha gigih untuk mencari segala peluang terhadap dasar terbuka negara.

Kesan kedua ialah segala maklumat strategik mengenai kekayaan negara akan dimiliki oleh syarikat-syarikat asing bagi membolehkan mereka merancang apa yang terbaik untuk negara mereka. Maklumat ini sudah tentu diperolehi dengan mudah menerusi peralatan canggih mereka.

Maklumat-maklumat ini boleh digunakan untuk apa saja bagi memastikan negara mereka mengalami keuntungan di samping berkongsi dengan sekutu atau konco-konco mereka di rantau ini.

Ketiga ialah syarikat-syarikat asing ini boleh melakukan sabotaj ekonomi terhadap negara ini jika kita membiarkan mereka terus menguasai aset strategik negara. Ketika kita didodoikan dengan keuntungan melimpah, mereka juga sudah pasti menyusun strategi agar kita mengikut telunjuk atau kemahuan mereka.

Jika tuntutan ini tidak dipenuhi, mereka mampu melakukan "sabotaj ekonomi" kepada negara dan sudah pasti kita akan menyesal satu hari nanti. Sekali lagi, lihatlah apa berlaku di Iraq yang cukup untuk memberi pengajaran kita.

No comments: