Oleh: Pemikir - MM
DS Nizar Jamaluddin, MP Bukit Gantang (PAS) sekali lagi menunjukkan tingkah laku biadapnya. Dahulu beliau biadap kepada Titah Sultan Perak, tetapi pagi tadi beliau memperlihatkan sikap buruknya semasa mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Rakyat dengan memakai kain lilit kepala (head band) berperkataan 'Bubar DUN' sambil menggenggam tangan.
Tindakan biadapnya itu telah menyebabkan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia menggantung beliau dari menghadiri sidang Dewan Rakyat selama 2 hari. Episod Nizar bertikam lidah dengan Tan Sri Pandikar ini berlaku selama 30 minit. Amat mendukacitakan, meskipun baru sahaja mengangkat sumpah sebagai Wakil Rakyat Bukit Gantang bekas MB Perak itu telah mula mengacau bilaukan suasana dewan. Empat wakil rakyat pembangkang lain turut digantung kerana mengikut perbuatan beliau. Ini termasuklah MP Bagan Serai dan Pokok Sena kerana memakai kain lilit lengan (arm band).
Walau bagaimanapun pemerhati berpendapat bahawa hukuman oleh Speaker Dewan Rakyat ini agak 'lenient'. Sepatutnya DS Nizar dan konco-konconya itu dihukum gantung selama 10 hari kerana perbuatan mereka yang gemar membikin onar dan membuat kecoh itu telah mengganggu masa sidang dewan. Harus diingat Parlimen bersidang untuk merangka dan membincangkan pelbagai perkara untuk kemajuan negara serta kebajikan rakyat dan bukannya untuk melayan perkara yang remeh-temeh.
Sikap kurang ajar ahli-ahli parlimen pembangkang ini langsung tidak menunjukkan imej dan integriti mereka sebagai golongan intelektual dan wakil rakyat yang menjadi idola para penyokong mereka.
1 comment:
Susah ye kalau orang tidak dapat kawal emosi. Hura hara dibuatnya. Hai Nizar ! Knapa kecoh-kecoh sangat ni... relak le... cuba le tenang dan matang mcm MP-MP BN tu. Jadile MP yang menyumbang secara positif. Tak baik gitu. Namapk hodoh Nizar oiii....
Post a Comment