Friday, March 13, 2009

Majlis Peguam tidak kebal undang-undang

KUALA LUMPUR 12 Mac- Majlis Peguam tidak kebal daripada tindakan sekiranya didapati melanggar undang-undang negara. Menteri di Jabatan Perdana Menteri , Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata, majlis Peguam merupakan satu entiti sama seperti individu lain di negara yang dikawal oleh undang-undang dan tidak terlepas daripada tindakan undang-undang.

Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan tambahan Datuk Mukhriz Mahathir (BN-Jerlun) pada sidang Dewan Rakyat hari ini. Mukhriz bertanyakan tindakan majlis itu yang mempertikaikan status agama Islam di negara ini dan penglibatan mereka dalam politik negara sehingga menimbulkan perasaan marah dan kesangsian di kalangan rakyat.

Terdahulu, Mukhriz dalam soalan asalnya menyatakan adakah kerajaan bercadang untuk meminda Akta Profesion Perundangan 1976.

Dipetik dari Utusan Malaysia, Jumaat, 13 Mac 2009

No comments: