Monday, March 16, 2009

Batu peringatan Sidang DUN Parti Rimbunan (PR) Ditelan Bumi

Oleh: Pemikir

Parti Rimbunan (PR) telah mendapat kejutan apabila batu di bawah pokok rimbunan di Ipoh didapati sudah tiada lagi. Mereka berpura-pura serta tertanya-tanya bagaimana batu ini boleh hilang. Mereka sangka bahawa batu ini mungkin telah ditelan oleh bumi pada waktu malam.
Sedarkah bahawa batu ini tidak ada satu makna pun bagi orang-orang Ipoh? Ia hanya melambangkan kebingungan dan kebodohan parti rimbunan dan juga ahli-ahli DUN DAP dan PKR yang dipimpin oleh Speaker Dewan yang sepatutnya lebih faham tentang decorum persidangan.
Sebagai parti yang sanggup bermesyuarat di bawah pokok pada zaman yang serba ada ini adalah satu-satunya yang tidak munasabah dan perlu ditolak. Rata-rata rakyat Perak dan juga rakyat negeri lain sehingga ke Sarawak menganggap bahawa tindakan Sivakumar itu telah menjatuhkan imej negara.
Akibat daripada kebingungan Speaker yang dibantu oleh ahli-ahli DUN pembangkang yang tidak berpengalaman, status kedudukan beliau dan ahli-ahli DUN Pembangkang jatuh dari segi rating. Mereka menganggap bahawa ketika ini parti rimbunan di Perak kelihatan tercicir dan sukar mendapat keyakinan rakyat yang sudah mula meluat dengan tingkah laku mereka.
Pemerhati berpendapat bahawa jika boleh pokok rimbun itu pun dipotong kerana sekiranya pokok itu boleh bercakap dia sudah pasti marah kepada Sivakumar yang biadap itu.

No comments: