Wednesday, December 3, 2008

Guan Eng Hina Khalifah Umar Abdul Aziz

Oleh: Ngupingtrus

Setelah beberapa minggu menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berikrar akan mentadbir Pulau Mutiara tersebut sebagaimana cara pentadbiran Khalifah Umar Abdul Aziz. Khalifah Umar memerintah wilayah Kerajaan Umayyah pada tahun 717 - 720. Kerajaan Umayyah merangkumi tanah Arab, Parsi dan Turki.

Walaupun zaman pemerintah Khalifah Umar cuma sekitar 4 tahun, namun kemasyhuran pentadbirannya menjadi dambaan kepada seluruh umat Islam. Beliau bukan sahaja warak dan zuhud, tetapi juga tersohor dengan pembaharuan yang dibawa dalam masa pemerintahannya. Antaranya adalah pembasmian kemiskinan.

Malah tercatat dalam sejarah bahawa seorang gabenor Yahya ibn Said telah diutuskan ke Afrika Utara untuk membahagikan zakat kepada fakir miskin di sana. Tetapi perutusan tersebut menyatakan bahawa tidak terdapat seorang pun fakir miskin yang ditemui dan layak menerima zakat. Ertinya, di zaman pemerintahan Khalifah Umar, beliau telah berjaya menghapuskan kemiskinan di kalangan rakyat dalam jajahan takluk pemerintahannya. Demikian kehebatan Khalifah Umar.

Persoalannya adalah, layakkah Lim Guan Eng untuk mengkuti cara kepimpinan Khalifah Umar Abdul Aziz. Atau Guan Eng hanya seperti burung tiung yang mempu menyebut perkataan 'Khalifah Umar Abdul Aziz' tetapi tidak tahu siapa sebenarnya Khalifah Agung tersebut!

Guan Eng jangan hanya lihat Khalifah Umar dari beberapa sisi sahaja, tetapi perkara yang paling pokok adalah bahawa Khalifah Umar adalah seorang mujaddid Islam. Beliau membawa pembaharuan bukan hanya kepada cara pemerintahannya menurut Islam, tetapi juga diri beliau sendiri sebagai suri teladan sebagai seorang pemimpin Islam. Ertinya, penilaian kepada Khalifah Umar bukan hanya dari sudut lahiriah tetapi juga dari sudut spiritualnya.

Jauh bumi dari langit bagi Guan Eng untuk mengikuti jejak Khalifah Umar. Guan Eng tak mungkin dapat merasai spiritual Islam yang dimiliki Khalifah Umar kerana Guan Eng sendiri belum Islam. Penilian Islam tidak boleh dibuat berdasarkan logik akal semata-mata, seperti mana yang difikirkan oleh Guan Eng.

Di sinilah letaknya pertentangan Lim Guan Eng dengan kepimpinan PAS. Sebab itu tak heranlah Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang, Mohamed Hafiz Mohamed Nordin membantah Guan Eng yang membenarkan yang membenarkan Konsert Jom Heboh di batu Kawan, P.Pinang baru-baru ini. Malah Pemuda PAS menganggap bahawa Guan Eng tidak peka Islam.

Menurut Hafiz, tindakan Guan Eng memang tidak mengendahkan hukum Islam, pada hal sebelum ini Guan Eng sendiri telah memaklumkan bahawa kerajaan P.Pinang akan mengikut sistem pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz. Surat bantahan rasmi telah dihantar kepada Ketua Menteri dan Majlis Perbandaran Seberang Prai.

Pemuda PAS juga menyelar tindakan Guan Eng selaku salah seorang pemimpin kerajaan Pakatan Rakyat yang tidak menghormati pandangan parti komponen lain dalam Pakatan Rakyat yakni PAS.

Bagi Penulis, PAS tidak harus berdukacita terhadap tindakan Guan Eng tersebut kerana ia seharusnya telah difikir sejak awal oleh PAS, Bagaimana mungkin Guan Eng yang sememangnya bukan Islam akan melaksanakan kehendak Islam yang diperjuangkan oleh PAS. Guan Eng bukan hanya tidak Ilam, tetapi juga pejuang sebuah parti cauvinis Cina, DAP yang secara terang-terangan menentang kehendak Islam yang diperjuangkan oleh PAS.

Apakah Guan Eng boleh dikira menghina Khalifah Umar Abdul Aziz?Bagaimana PAS boleh lupa perkara tersebut ???? Penentangan terhadap Islam tidak akan pudar dalam DAP sebagaimana yang dilaung-laungkan oleh Pengerusi DAP, Karpal Singh. Dah lupa ke?
NGUPINGTRUS : Sewaktu ceramah dalam PR Kecil Permatang Pauh, Guan Eng juga menyatakan akan memerintah Pulau Pinang sebagaimana cara Khalifah Umar Abdul Aziz. Dan disambut dengan laungan Allahu Akbar! oleh penyokong dan pengikut PAS. Pemimpin PAS diam membisu !

1 comment:

rayliew said...

Begitulah seorang ahli politik yang tidak bertanggungjawab yang rela melakukannya sesuatu untuk meraih sokongan dan untuk tujuan politiknya sahaja tanpa menghormati Agama kaum lain. Dalam konteks ini pula pemimpin PAS membisu, sepatutnya PAS perlu memperjuangkan kepentingan agama ISLAM menampakkan AGAMA tidak lagi diutamakan, mereka lebih mementingkan GILA KUASA..