Thursday, September 4, 2008

31 OGOS INGATI PENGORBANDAN PEJUANG KEMERDEKAAN

SATU perkara yang perlu diberi perhatian bahawa tanggal 31 Ogos bukan sekadar tarikh tetapi banyak peristiwa yang berlaku yang memerlukan pengorbanan untuk mencapai kemerdekaan. Jika diganti kepada 16 September, yang pasti kita menidakkan sejarah yang ada iaitu sejarah Bapa Kemerdekaan.

Di mana kita hendak letakkan pengorbanan Almarhum Tunku Abdul Rahman dan pejuang kemerdekaan lain. Ini tidak termasuk pejuang kemerdekaan yang sanggup mengorbankan nyawa. Bagaimana pula mereka ada di dalam lipatan sejarah kemerdekaan tetapi tidak tersenarai dalam sejarah.

Kita sebagai rakyat termasuklah ahli politik terbabit tidak mampu memberikan sumbangan kepada semua pejuang kemerdekaan malah ucapan terima kasih pun kita tidak mampu untuk sampai kepada mereka.

Sebagai rakyat, kita hanya boleh mengingati pengorbanan mereka pada 31 Ogos dan yang beragama Islam boleh sedekahkan al-Fatihah kepada mereka yang terkorban. Buat pejuang politik yang mempunyai agenda peribadi, jangan biarkan diri dijadikan alat penjajah untuk menjajah rakyat.

(Sumber : Surat Pembaca BH / 4/9/08)

1 comment:

Chow MK said...

Kita semua Cina, Melayu, India, Kadazan, Iban dan lain-lain bumiputera haruslah sentiasa ingat jasa tokoh-tokoh yang memperjuangkan kemerdekaan.

Adakah mereka mahukan kita semua dari perbezaan kaum berpecah-belah seperti yang bakal berlaku ?

Adakah mereka tokoh-tokoh ini rehat dengan amannya jika negara kita dijajahkan (oleh kuasa gergasi kewangan - US) sekali lagi?

Pikirlah ~ Renunglah ~

Dpd,
cowBOY98