Wednesday, March 2, 2011

Calon PAS Tidak Boleh Mengundi......Malang Sungguh!!!


Oleh MM


Pihak pembangkang telah memilih calonnya bernama Yuhaizad bin Abdullah 38, ahli perniaga untuk PRK DUN Merlimau. Pemilihan ini dibuat selepas meneliti beberapa nama calon-calon lain yang turut mempunyai ciri-ciri menepati keperluan PAS dan perjuangan pembangkang amnya. Sebagai anak kelahiran Chinchin dan dibesarkan di luar kawasan Merlimau, mempunyai banyak sanak saudara tempat kelahiran beliau.


Walaupun bertanding di DUN Merlimau, tetapi beliau dijangkakan tidak akan membuang undi di mana-mana jua Peti Undi Merlimau. Ini satu fenomena menunjukkan bahawa amalan demokrasi di Malaysia adalah sangat telus dan luarbiasa sekali. Walaupun beliau tidak menjadi pengundi di kawasan ini, namun rakyat tidak dinafikan daripada membuat pilihan terhadap mana-mana calon yang disukai.


Tetapi alangkah baiknya Yuhaizad ini merupakan calon dan pengundi di dalam DUN ini kerana ia akan memaparkan bahawa beliau adalah komited kepada rakyat Merlimau. Rata-rata pengundi-pengundi Merlimau jadi minat untuk memilih calon yang boleh mengundi di DUN Merlimau ini kerana calon itu akan bersedia untuk korban bagi pengundi-pengundi dalam DUN nya sendiri.


Pengundi-pengundi perlu waras dan bertindak betul semasa mengundi di samping memastikan calon yang dipilih itu sebenar-benarnya mewakili aspirasi dan kepimpinan mereka sepanjang perkhidmatan dalam DUN itu. Dalam hubungan ini BN telah membuat sesuatu yang bertepatan dengan perasaan dan sentimen masyarakat setempat. Dan ini perlu disambut dengan positif.

No comments: