Wednesday, July 1, 2009

PAS MUNGKIN BERPECAH DUA?

OLEH : PEMIKIR - MM

Krisis kepimpinan PAS diperingkat pusat dilaporkan masih belum reda. Di dalam pejabat tertinggi Tok Guru, perbincangan dan bisikan mengenai perpaduan belum lagi muktamad. Kini pemimpin-pemimpin seperti Ust Hadi kelihatan kesal dengan apa yang dilafazkan mengenai perpaduan. Beliau telah berpusing 3600 mengatakan perpaduan itu tidak boleh dilakukan. Malahan beliau menyindir bahawa UMNO jua menghadapi masalah perpaduan.

Tok Guru terus dengan lantangnya menyelar UMNO dianggap seperti organisasi-organisasi yang tidak baik. Beliau mengatakan UMNO itu komunis, Ayah Pin, Chin Peng DLL. Fenomena ini dianggap biasa bagi seorang ahli politik, tetapi perlu dilihat secara serius apabila ia dibuat oleh Tok Guru, Mursyidul Am PAS. Orang-orang Melayu menjadi lebih bingung apabila kenyataan seperti ini diluahkan tanpa asas-asas yang kukuh. Mereka mempersoalkan kewarakan dan kebijaksanaan Tok Guru baik dari segi agama dan keduniaan. Beliau seolah mempersenda-sendakan parti utama iaitu UMNO yang telah sah membawa kemakmuran Malaysia sejak 1957 lagi.

Kebingungan ini juga secara khusus telah merebak dalam tubuh parti PAS. Ahli-ahli yang berada dari Perlis hingga Johor kecewa bahawa ia memakan masa 40 tahun untuk PAS membuat tuduhan-tuduhan melulu terhadap UMNO. Sepatutnya Tok Guru sudah dapat membeza-bezakan UMNO dan komunis. Segi pokoknya, komunis itu anti Islam, atheis, pro-paksaan dan totaliterian. ciri-ciri negatif ini tidak ada pada UMNO.

Pemerhati berpendapat bahawa memang benar pucuk pimpinan PAS terutamanya Tok Guru sedang menghadapi masalah pengurusan maklumat yang boleh memakan diri. Beliau sepatutnya tidak mudah dari provokasi-provokasi akhbar-akhbar tempatan. Beliau perlu menunjukkan tahap kesabaran yang tinggi supaya pengikut-pengikutnya terus berasa yakin kepada beliau. Tok Guru mempunyai pelbagai platform untuk berdepan dengan pengundi-pengundi tetapi mesti menggunakan ini dengan baik dan bijaksana. Sebagai pemerhati dari Selatan, didapati Tok Guru sudah sampai tahap mengelabah dan berperasaan tergugat atau insecurity. Jika beliau silap langkah. Ini boleh membawa kepada perpecahan Parti PAS diterajui oleh golongan ulamak dan Erdorgan. Tanda-tanda sudah jelas kelihatan membawa kepada perpecahan ini, yang sangat dikhuatiri oleh penyokong-penyokong PAS. Tok Guru perlu banyak mendengar kerana ini didapati sangat berkurangan. Ini mungkin kerana faktor umur dan juga tekanan atau stress yang melibatkan kesihatannya. Bertenanglah Tok Guru dan banyak mendengar dan beristighfar. Hormatilah UMNO dan pemimpin-pemimpin baru yang serius untuk membangunkan negara, rakyat dan Islam.

1 comment:

Anonymous said...

Tok Guru satu perkataan yang tinggi darjatnya bagi orang melayu..apatah lagi bagi orang islam yang cetek iman nya...tetapi hatus diingat bahawa dua perkataan yang tak boleh dipisahkan apabila ayat tok guru disebut,iaitu alim dan waraq..ALIM,,,semua tok guru tu alim tapi kebanyakan nya tak waraq...Sami siam lebih waraq dari tok guru cuma dia tak alim ilmu islam sebab dia kafir....sami siam tak makan benda berdarah,tak dekati pompuan,tak mengumpat kat orang ,tak fitnah orang ,tak menyakiti hati orang sebab tu kita kata waraq....sebab tu semua orang siam cukup hormat kat sami depa....tapi tok guru yang alim tu tak waraq,dia suka fitnah orang,sakiti hati orang terutama org UMNO..sebab tu dia tak waraq....alangkah baik nya kalau tok guru lebih waraq dan alim,,,insyallah tuhan angkat darjat dia dan dihormati oleh semua orang...Ada seorang murid tok guru yang terlalu lama mengaji dekat tok guru ,sanggup mengatakan "tuhan suruh aku tendang mu " bila ditanya kalau mu pandai tolong jawab satu soalan yang berbunyi begini " Sekarang ni tuhan sedang buat apa?