Wednesday, February 25, 2009

MB Selangor gusar tentang isu lembu korban

Oleh : Pemikir
MP Bukit Gelugor petang tadi (25/2/2009) di Parlimen memberitahu bahawa beliau masih samar-samar tentang kedudukan Pesuruhanjaya SPRM boleh membuat statement berkaitan dengan YB Menteri Besar Selangor yang terlibat dalam kes memberi lembu korban dengan menggunakan dana kerajaan. Beliau mengatakan bahawa SPRM tidak mengetahui undang-undang. MP Karpal Singh yang menganggap dirinya sebagai " king is singh" dan "singh is king", sebenarnya ingin mempertahankan kedudukan Tan Sri Khalid yang berkata beliau tidak takut tentang tuduhan. Pemerhati berpendapat bahawa perkara seperti ini yang belum selesai diadili tidak patut di war-war kan oleh Karpal. Sebaliknya ingin menyulitkan lagi kedudukan Tan Sri Khalid, MB Selangor. Eloklah Tan Sri nasihatkan Karpal jangan bising-bising dalam Parlimen.

No comments: