Thursday, November 27, 2008

PPSMI bukan meminggirkan Bahasa Malaysia

PPSMI. Mungkin ada antara kita yang tidak biasa mendengarnya malahan ada yang tahu tapi tidak tahu maksudnya dan kalau ditanyakan kepada masyarakat desa mungkin mereka tidak pernah langsung tahu mengenainya. Namun, jika ditanyakan kepada guru-guru alah putri apa itu PPSMI putri yakin semua pasti tahu.
Putri pun mulanya tak faham apa iti PPSMI tapi setelah mendengar perbahasan yang dibahaskan oleh MP Gombak berkaitannya barula putri tergerak nak cari apa itu PPSMI. PPSMI ialah penggunaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa penghantar bagi subjek Matematik dan Sains di sekolah. Jika ditanya sejauh mana keberkesanannya memang putri tak ada figura mengenainya.
Dasar ini telah diperkenalkan pada Julai 2002 dan dilaksanakan pada tahun 2003. Macam-macam anggapan yang diberikan kepada kerajaan selepas sahaja perlaksanaannya. Ada yang menyokong malahan ada juga yang membangkang dan ada juga yang tidak mahu ambil tahu langsung mengenai perkara ini.
Sebenarnya ia adalah salah satu usaha murni pihak kerajaan untuk menambahbaik lagi sistem pendidikan dengan membantu menambahkan lagi pengetahuan pelajar-pelajar serta mengalakkan penggunaan bahasa Inggeris tanpa meminggirkan Bahasa Kebangsaan kita iaitu Bahasa Malaysia.
MP Gombak (PKR) dalam perbahasannya mengatakan UMNO lah yang mengkhianati bahasa sendiri kerana membiarkan sahaja pekara ini berlaku. Jelas nampaknya sengaja mempolitikkan perkara ini.
Putri sebenarnya amat bersetuju dengan pelaksanaan PPSMI ini kerana kerajaan tidak akan membuat sesuatu dasar itu sewenang-wenangnya tanpa memikirkan baik buruknya. Jika dilihat apakah lagi cara yang boleh dilakukan untuk memantapkan bahasa Inggeris pelajar-pelajar di Malaysia? maka ini adalah salah satu caranya. Bila sedari sekolah rendah lagi mereka terdedah dengan penggunaan bahasa inggeris dalam mata pelajaran sains dan matematik maka mereka tidak akan ada masalah untuk menguasainya bila mereka menuju ke alam pekerjaan kelak yang semakin lama semakin mencabar.
Namun perlu dipastikan bahawa perlaksanaannya tidak akan memberi kesan kepada penggunaan Bahasa Malaysia. Penilaiaan perlulah dilakukan bagi melihat sejauh mana keberkesanan pelaksanaannya selain cadangan-cadangan perlu diutarakan bagi memantapkan lagi dasar ini dan penambahbaikan juga amat perlu bagi memacu kemajuan serta memantapkan dasar PPSMI tanpa meminggirkan Bahasa Malaysia.
Oleh: PutriMalaysia

4 comments:

Anonymous said...

darudnano said........
tahniah putri,saya sokong apa yang putri paparkan.Penggunaan Dasar PPSMI tidak bermaksud nak meminggirkan penggunaan BM dalam sekolah.Saya perhatikan tahap percubaan penggunaan bahasa BI dalam mata pelajaran sain dan math sudah diuji dan nampaknya hasil dasar PPSMI ini telah berjaya.Darudnano nak tanya YB Gombak ,YB gombak dulu sekolah dimana dan apakah bahasa penghantar pada masa itu? Pada masa itu tentu sekali pakai BI kan.Pergi luar negara pakai BI .Anak YB-YB juga tentu sekali ramai yang belajar di luar negara.Tepuk dada tanya selera.

Anonymous said...

Memang PPSMI tidak meminggirkan bahasa Melayu tetapi menghancurmusnahkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan bahasa pembina tamadun bangsa.
matjawi.

rayliew said...

MP PKR berfikiran SEMPIT, beliau sepatutnya bangga dengan usaha kementerian untuk meningkatkan lagi pengetahuan bahasa inggeris pelajar kerana jarang-jarang ada pelajar di negara lain yang dapat menguasai penggunaan pelbagai bahasa. Usaha ini adalah untuk menguatkan lagi kemahiran seseorang untuk bersaing di alam kerjaya zaman moden yang penuh dengan pelbagai cabaran masa kini..

Anonymous said...

Orang-orang Inggeris pernah dijajah oleh kuasa asing. Pada ketika itu mereka menggunakan bahasa Latin sebagai bahasa ilmu. Orang-orang Inggeris meninggalkan bahasa Latin kerana ia bahasa penjajah dan ia tidak dapat membantu memperkasakan orang-orang Inggeris. Orang-orang Inggeris mula maju selepas mereka menggunakan bahasa mereka sendiri sebagai bahasa ilmu. Di Malaysia agak pelik sedikit kerana ramai yang suka mengambil langkah mengundur ke belakang. Orang Melayu meninggalkan bahasa Melayu dalam mengajar sains dan matematik supaya kedua-dua subjek itu diajar dalam bahasa Inggeris. Ada yang mengeluarkan hujah dangkal di mana PPSMI perlu kerana banyak sumber ilmu dalam bahasa Inggeris. Ini termasuklah buku-buku, jurnal-jurnal dan sebagainya. Idea sebegini amat ganjil kerana ia tidak menyentuh langsung tentang menterjemah buku-buku, artikel-artikel jurnal dan bahan-bahan lain yang berbahasa Inggeris ke dalam bahasa Melayu. Ada orang Melayu yang mempunyai kelebihan mahir dalam bahasa Inggeris dan bahasa Melayu di samping sains dan matematik. Mereka inilah yang perlu dipertanggungjawabkan untuk kerja-kerja menterjemah. Dimanakah pula galakan kepada cerdik pandai Melayu untuk menulis lebih banyak bahan ilmu dalam bahasa Melayu? Kita meragui kejujuran orang yang mula-mula mencanangkan idea PPSMI.