Tuesday, October 14, 2008

KEAHLIAN DALAM BN: KENYATAAN PAK LAH DIPUTAR BELITKAN

oleh: mustikacitra-indah

Memang sudah menjadi lumrah pembangkang dalam memutar belitkan fakta dan menggembar-gemburkan isu yang kecil menjadi satu masalah yang besar dan sensitif.

Ini berlaku apabila kenyataan Perdana Menteri telah disalah tafsirkan oleh golongan pembangkang. Perdana Menteri dalam satu kenyataan nya telah mencadangkan supaya BN menjadi satu parti yang boleh dianggotai oleh pelbagai kaum.

Sebelum ini seperti yang kita ketahui, MCA (Cina), MIC (India) dan UMNO (Melayu). Ada segelintir masyarakat yang tidak berminat untuk menyertai parti yang dianggotai atau dipelopori satu kaum sahaja. Mereka tergolong sebagai rakyat yang menyokong kerajaan tetapi mereka menginginkan keahlian dalam multi-racial party. Maka PM telah mencadangkan supaya BN membuka peluang untuk golongan ini menjadi ahli dengan membuka keahlian terus kepada mereka.

Apabila pembangkang mendapat tahu, mereka menggelabah....berpeluh dan mungkin sedikit perasaan takut. Bimbang sokongan terhadap mereka goyah (sememangnya dah goyah pun), mereka cuba menghasut rakyat dengan mengatakan bahawa Perdana Menteri ingin menghapuskan parti kaum macam MCA dan MIC di Malaysia.... Mereka ni lembab ke bengap? Pak Lah cakap lain hangpa duk corner tang lain buat pa? Rakyat Malaysia pandai menilai........

3 comments:

tajau singa raja said...

kalau pasal putar belit dan salah tafsir, menghasut pembangkang memang no 1.
Apalah tidaknya sekarang ni mereka(pembangkang)cuba mengalihkan pandangan masyarakat daripada memberi perhatian kepada 5 negeri yang mereka perintah, hingga kini tak de apa-apa yang mereka lakukan untuk membawa kemajuan kepada rakyat.
tu pasal yang sibuk-sibuk dengan mencaci kerajaan je,takut orang lihat sangat kelemahan mereka....

PineappleTown said...

Salam,

Wahai Pihak Pembangkang, Jangalah memutarbelitkan kata-kata Perdana Menteri kita. Pemimpin kita cuma cakapa bahawa jika ada orang yang tidak mahu masuk Parti Komponen BN, mereka boleh masuk terus ke BN tanpa memasuki mana-mana Parti Komponen BN... Jangalah memainkan isu yang kecil ini...

LIMAUDONG said...

Salam JR

Kepada yang suka-suka memutarbelitkan kata-kata PM , kita gunakan Akta Hasutan untuk membicarakan salah laku mereka.